SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI HARI KEBANGSAAN DAN PEMAJMUKAN SASTERA.

Bila saya kata saya menghadiri mesyuarat agung Gapena, saya ditanya “APAKAH SUMBANGAN GAPENA KPD SASTERA?”…huh berpeluh nak jawab.Lalu saya tumpukan kpd hal yang saya benar2 terlibat iaitu SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI HARI KEBANGSAAN.Dari awal jadi ajk penyelenggara, juri dan melatih deklamator dlm bengkel2. Setiap tahun ribuan anak muda BERBILANG KAUM datang ke pusat2 pertandingan di seluruh negara. Sayembara seperti ini mungkin dianggap mudah untuk diselenggarakan pada hari ini, tetapi memulakannya 30 tahun dahulu tidaklah semudah itu. Ketika harus merangka format, syarat, pemarkahan dan hal-hal yang berkaitan
Semua ini menyubur minat kpd puisi dan menyumbang kpd perpaduan kaum .
Banyak yg boleh cerita. Misalnya bila Jessica Ong pembaca berita dunia jam 10 RTM1, berkata dlm satu forum bahawa minatnya dlm bahasa Melayu bermula dgn deklamasi dan sayalah yang melatihnya, sejuk hati mendengar dan segalanya berbaloi.(Jessica berbaju hijau).
SDPHK menyumbang kepada pemajmukan sastera Melayu dan berperanan ke arah perpaduan kaum di negara kita. Saya bersyukur atas kesempatan yang diberikan untuk terlibat dalam acara ini.
DARI PENGALAMAN DALAM MENGENDALI DAN MENJADI JURI , SAYA TELAH MENULIS RENCANA DI BAWAH:
MENCARI CARA TERBAIK MENDEKLAMASI PUISI
NAMPAKNYA minat dalam deklamasi puisi semakin subur dengan tertubuhnya Kelab Penyair dan Deklamator Gapena dan grup deklamator DEKMAL. Baguslah kerana dengan kegiatan itu puisi dapat disemarakkan di tengah masyarakat. Saya pernah menjadi hakim Sayembara Deklamasi Puisi yang dijalankan oleh pelbagai pihak, khasnya Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan yang diterajui oleh GAPENA sebagai satu acara sambutan Bulan Kemerdekaan.
aSSALAMU aLAIKUM,
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN PN ZURINAH YANG BERBESAR HATI BERKONGSI BLOG INI.
TERIMA KASIH
aSSALAMU aLAIKUM,
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN PN ZURINAH YANG BERBESAR HATI BERKONGSI BLOG INI.
TERIMA KASIH