Membina Bakat Kreatif

membina bakat kreatif

Buku Membina Bakat Kreatif, diterbitkan oleh PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. 2020 dan cetakan ke 3 2024, berisi panduan menulis puisi serta memperbaiki penulisan puisi . Antara lain memperkatakan:

Idea puisi yang lazim disebut sebagai Ilham didapati:

Melalui pemerhatian terhadap kehidupan semasa dengan pemikiran yang kritis

Ilham melalui pembacaan

Ilham melalui renungan terhadap alam. Misalnya laut yang terbentang luas mengingatkan kepada keluasan ilmu Allah subhanahuwataala

Ilham boleh tercetus daripada perhubungan dan perbualan dengan orang lain. Kadang2 kita bercakap dengan seseorang, tiba-tiba ada perkara-perkara yang dicakapkan tidak kira oleh orang itu atau kita sendiri, mengingatkan kita kepada sesuatu atau menimbulkan sesuatu pemikiran baharu.

Ilham juga sering datang ketika penyair di dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.

Setelah mendapat ilham atau idea yang jelas, seorang penyair bolehlah mula menukangi puisinya.

Buku ini juga membicarakan cara atau yang disebut teknik menyuarakan atau menyampaikan pemikiran atau yang disebut sebagai Proses Kreatif menghasilkan sebuah puisi.

Secara ringkas cara-cara itu ialah bermonolog, berdialog dengan subjek puisi dan membina sesuatu cerita.

Buku ini boleh didapati melalui link yang disediakan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.