Month: March 2013

Uncategorized

menghantar beberapa buah sajak

Semut Sedikit manisan tertumpah di lantai Seekor semut pun sampai Beberapa detik lagi Bertambah ramai menghampiri Lama-kelamaan Beratus-ratus berderetan Berduyun berbarisan Aku melihat dan merasa hairan Tanpa suara dan tanpa kata semut memanggil kawan-kawan Bila tercium makanan Memang telah kupelajari Haiwan juga berkomunikasi Sedang aku leka Terdengar semut berkata “janganlah lupa semut cuma haiwan Sekadar […]

CONTINUE READING
Uncategorized

SALIN DAN TAMPAL DARI FACEBOOK

Djazlam Zainal menulis:  Monday, March 25, 2013 at 10:41pm Zurinah Hassan merupakan salah seorang penyair Malaysia. Zurinah Hassan pada mulanya mengarang puisi secara sembilan, sebelum memutuskan bagi meletak jawatan untuk memenuhi keinginan berkarya sepenuh masa yang selama ini terganggu akibat beban kerja. Zurinah Hassan berkarya dan menghayati keindahan alam dalam bentuk tulisan sejak berusia 12 tahun […]

CONTINUE READING
Uncategorized

POHON PUISI BERBUNGA MELODI.

POHON PUISI BERBUNGA MELODI. (mengenang Zubir Ali)oleh Zurinah Hassan Peristiwa itu masih segar di dalam ingatan. Pada tahun 1968 saya belajar di Sekolah Sultanah Asma Alor Setar. Suatu hari saya menghadiri majlis Maulidur Rasul yang diadakan di sekolah agama yang bernama Maktab Mahmud. Acara utama hari itu ialah penyampaian hadiah pertandingan menulis sajak sempena Maulidur […]

CONTINUE READING
Uncategorized

Sajak untuk Hartawan Hartanah

nota di jalanan  Sajak untuk Hartawan Hartanah Untuk hartawan hartanah yang sedang memerhati dengan ghairah geraf harga rumah Untuk hartawan hartanah yang sedang bersorak menyambut kenaikan melonjak Betapa bergandanya untung dari nilai  melambung kau pun memuji pemurahnya negeri yang meluaskan ruang mengumpul harta peribadi    Kau pun menolak masa depan ke lorong-lorong dan kolong membina […]

CONTINUE READING
Uncategorized

SAYA TIDAK SUKA

NOTA DI JALANAN SAYA TIDAK SUKA Saya tidak suka mahkamah Mahkamah bukan membela orang tak bersalah Tetapi memenangkan peguam yang petah. Saya tidak suka hospital yang tidak merawat mengikut tahap penyakit Tetapi mengikut taraf pesakit Aku tidak suka anugerah yang dicalonkan Kerana kerapkali yang dinilai bukan calon Tetapi kualiti pencalonan 16-3- 2013.

CONTINUE READING
Uncategorized

SYAIR RAKIS BRUNEI YANG TRAGIS

TRAGEDI SYAIR RAKIS Oleh ZURINAH HASSAN. Selain terkenal dengan kesejahteraannya, negara Brunei Darussalam juga terkenal dengan syair  syairnya. Salah sebuah syair yang masyhur  bertajuk  Syair Rakis. Syair ini  ditulis pada tahun tahun 1840han oleh Pengiran Shahbandar Pengiran Md Salleh .  Isi utama syair ini ialah peringatan kepada  Raja dan rakyat tentang bahaya yang sedang dihadapi […]

CONTINUE READING