Month: December 2017

ZURINAH HASSAN

BAHASA DALAM PANTUN DAN PANDUAN MENULIS PANTUN

PENGENALAN Pantun adalah warisan bangsa yang dikagumi di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai karya sastera yang unik dan bermutu. Sebagai sastera rakyat, ribuan pantun yang diwarisi adalah khazanah bernilai yang  tidak diketahui penciptanya. Boleh dikatakan Pantun adalah bentuk puisi warisan yang paling popular  dan hidup subur pada masa ini mengatasi  syair, seloka, nazam dan gurindam.  […]

CONTINUE READING
ZURINAH HASSAN

PANTUN MEMUJI DAN MENYANJUNG KEKASIH.

Belayar kapal bertimbang arus Patah kemudi sepanjang pantai Tuan laksana cindai nan halus Alah membeli menang memakai Sayang mak inang bergelang kaki Bergelang kaki sambil melenggang Tuan umpama bintang nurani Makin dipandang semakin terang Indah sungguh intan permata Dibawa orang ke timur jauh Tuan umpama payung mahkota Saya ini tumpang berteduh Bulan terang mengail gelama […]

CONTINUE READING
ZURINAH HASSAN

LAGU RAKYAT GEYLANG SI PAKU GEYLANG

Lagu-lagu rakyat menggunakan pantun sebagai senikata. Ini termasuklah lagu Burung Kenek-kenek, Geylang si Paku Geylang, Chan Maklichan, Lompat si katak lompat,  dan banyak lagi. Lagu Rakyat memeriahkan sesuatu pertemuan bila dinyanyikan beramai-ramai. Apabila pertemuan telah sampai ke penghujungnya dan peserta-peserta akan pulang ke tempat masing-masing, mereka merasa sedih . Lagu yang akan dinyanyikan pada ketika […]

CONTINUE READING
ZURINAH HASSAN

LAUT SEBAGAI PERLAMBANGAN DALAM PUISI MELAYU.(MAKALAH PULARA 8)

Alam sangat mempengaruhi proses kreatif seorang penyair. Sebahagian besar puisi adalah reaksi kreatif seorang penyair setelah berinteraksi dengan alam dan mentafsir makna daripada objek-objek alam. Daripada tafsiran itu penyair  menemui makna kehidupan yang dilalui olehnya dan manusia lain. Misalnya gunung yang tinggi adalah misalan kepada   harapan dan cita-cita yang sukar dicapai.  Alam digunakan dalam dua […]

CONTINUE READING