Sebuah Sajak yang baik terdiri dari isi yang penting dan relevan kepada masyarakat, diolah dalam bahasa dan gaya yang indah. Seorang penyair yang baik mengemukakan atau mendebatkan satu pemikiran baharu. Tanpa isi yang baik, apa yang dikarang akan hanya menjadi permainan kata-kata yang kosong.
Dalam “Senja Memeluk Matahari” (DBP, 2024) Joe KAS berpuisi tentang isu semasa yang menjadi buah mulut masyarakat, terutama masyarakat Malaysia. Banyak perkara yang membimbangkan. contohnya : TAKAR INFLASI . Takar ialah bekas tembaga yang biasa digunakan untuk mengisi bahan makanan, namun begitu kali ini ia mengisi inflasi. Ini sudah cukup menggambarkan penderitaan
rakyat bawahan dan pemimpin yang meneguk kekayaan.
TAKAR INFLASI
Enak tegukan pemimpin
pahit di tekak marhaen
Perisa nikmat dan derita
Untuk hidangan ekonomi
Dalam takar inflasi.
Metafora baharu dalam sajak KABINET.
Dek kerana pemilik bebas mengubah
Susunan kabinet idaman
Sengaja dihias begitu
Mangkuk di puncak istimewa
Sungguh besar jasa katanya.
Antik teguh berdiri megah
Tidak reput dimakan zaman
Pahat dan tukul bertingkah
Pabila kabinet siap ditukang
Mangkuk tetap di atas
Dijulang.
kabinet telah menjadi kata dwi makna, sepertimana yang difahami rakyat semasa. Dalam sajak ini Penyair memerikan tentang kabinet yang menempatkan “mangkuk” di puncak istimewa kerana dikatakan sungguh besar jasanya. Yang ampunya kabinet juga digambarkan memiliki sifat-sifat angkuh kerana tidak peduli apakah bentuk protes yang bakal diterima. Dia tidak menghiraukan adakah pahat dan tukul akan bertingkah setelah kabinet siap