Ulasan filem Zombitopia

Ulasan filem Zombitopia

Apabila masalah politik menghancurkan sebuah kerajaan, dan akhirnya orang2 yang bijak menggunakan kepakaran mengambil alih untuk memiliki wang dan kuasa dengan cara yang jijik sekali iaitu mencipta virus yang menukar manusia menjadi zombi lalu mencipta antidot sendiri untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai.

Begitulah yang terjadi dalam Zombitopia apabila Dr Rahman mencipta virus untuk mendapatkan kuasa kepercayaan. Zidik yang diperlihatkan dalam filem ini kebal pada virus tersebut telah  menjadi buruan Dr Rahman dalam proses mencipta antidot kepada virus tersebut.

Namun saya masih kurang pasti dengan tujuan utama naratif ini. Seperti terlalu banyak yang ingin disampaikan dalam sebuah filem. Barangkali jika pengarah boleh fokuskan kepada Zidik dan rakan-rakannya melawan Zombie sahaja tanpa perlu sebarang  kisah silam di rumah anak yatim atau kenangan Hassan bersama isteri, begitu juga dengan kewujudan dinasour, mungkin filem ini akan lebih tersusun naratifnya. Mungkin pengarah boleh memaparkan lagi elemen pemerintah yang tiada fungsi sehinggakan insan seperti Dr Rahman berjaya menguasai mereka, serta beberapa babak yang menunjukkan orang ramai bergaduh sesama sendiri untuk memperjuangkan nasib dan diri mereka dari diserang zombie. Pada pandangan peribadi saya, filem yang memaparkan ancaman zombie adalah sebuah peluang besar untuk pengarah memaparkan kegagalan sebuah kerajaan dalam memimpin negara.

Secara keseluruhannya saya puji keberanian pengarah untuk mengarah sebuah filem zombi seperti ini dan bukan mudah untuk menghasilkan kesan khas yang hebat bertaraf antarabangsa. Begitu juga dengan lakonan yang dipaparkan oleh barisan pelakon utama harus diberi pujian. Lama sekali kita tidak melihat Shaheizy Sam berlakon watak utama di dalam filem. Lakonan bertaraf lima bintang ini pastinya akan lebih berharga jika filem ini diberi peluang untuk dipercantikkan lagi naratifnya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.