PERIBAHASA UNTUK YB

berlin eu european union federal chancellery
Photo by Wikimedia Commons on Pexels.com

PERIBAHASA UNTUK YB

(SN Zurinah Hassan )

Tuan Yang Berhormat

tuah ayam nampak di kaki

tuah YB di peti undi

adat kerbau dipegang tali

adat YB dipegang janji

adat orang mencari ganti

lapuk ditukar kosong diisi.

Tujuh tahun gunung terbakar

baru sekarang nampak apinya

datang pasang pantai bertukar

pecah royong dapat sagunya.

Tuan Yang Berhormat

jernih di hulu jernih di hilir

baik di awal sampai ke akhir

jangan berjanji tetapi mungkir

bagai tebu tumbuh di bibir.

Kilat memancar guruh berbunyi

jangan pula hujan tak jadi

luas kebun berpagar duri

jangan pagar memakan padi.

Cakap siang pandang-pandang

kerana lidah tidak bertulang

tanamlah padi jagalah bendang

jangan sampai suburnya lalang.

Naik YB naik disanjung

jangan kaduk yang naik junjung

hina besi kerana karat

hina pemimpin menipu rakyat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.