Ulasan filem Haseen Dilruba

Ulasan filem Haseen Dilruba

Filem ini mengisahkan Rani dan Rishu yang berkahwin mengikut pilihan keluarga dan melalui cabaran dan dugaan dalam mempertahankan hubungan mereka. Pada awalnya mereka berdua tidak begitu serasi dan keduanya juga diperlihatkan datang dari dua dunia yang berbeza. Kehadiran orang ketiga telah menduga lagi alam perkahwinan mereka dan menjadikan Rishu yang naif kepada pemarah dan berlaku sedikit kejam kepada Rani akibat rasa dendam.

 

Awal filem ini ditunjukkan kepada penonton berlakunya sebuah letupan gas hingga meragut nyawa Rishu dan Rani menjadi suspek utama dalam kes ini kerana pegawai polis merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam kejadian tersebut. Perjalanan cerita ini lebih kepada imbas kembali semasa pegawai polis melakukan soal siasat kepada Rani. Rani menceritakan apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka untuk meyakinkan mereka bahawa bukan Rani yang membunuh suaminya.

 

Kisah cinta antara Rani dan Rishu sesuai untuk dijadikan pengarajan dan rujukan bagi yang berumahtangga. Bagi saya, hubungan seperti ini hanya yang melalui alam perkahwinan sahaja yang mampu memahami kegilaan Rishu dan kesunyian Rani. Mungkin ada yang sakit hati melihat sikap Rani yang curang dan ada juga yang geram dengan sikap Rishu yang mudah mengalah dan berdendam pada awalnya. Filem ini mempunyai naratif yang menarik walaupun adegan soal siasat mungkin boleh dipendekkan atau diubah kepada hanya satu hari. Tidak begitu meleret sehingga berbulan lamanya bagaikan pegawai polis tiada kerja lain hendak dilakukan selain menyoal siasat Rani sahaja.

 

Pengakhiran filem ini juga mempunyai eleman “plot twist” yang baik. Realiti sebenar yang berlaku disebalik letupan gas tersebut sangat menarik. Namun begitu pada pertengahan cerita filem ini tidak mempunyai genre yang tetap. Terkadang seperti komedi, terkadang seperti thriller, terkadang seperti tragedi.

 

Jika anda mencari sebuah filem cinta yang penuh kekeliruan dan kegilaan, filem ini mungkin sesuai dengan citarasa anda.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.