Ulasan Filem Siapa Tutup Lampu

 

Siapa Tutup Lampu

Siapa Tutup Lampu mengisahkan 5 orang sahabat yang berdepan dengan kemalangan jalan raya semasa hendak bercuti di Genting Highland. Namun begitu, apabila tiba masa untuk melakukan pengecaman mayat, 4 orang daripada mereka terkurung di dalam bilik mayat tersebut. Pelbagai kejadian yang pelik berlaku dan menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya yang berlaku kepada mereka.

 

Siapa Tutup Lampu membawa mesej tentang pilihan hidup yang menentukan siapakah diri kita yang sebenarnya. Filem yang membawa genre thriller ini diselangselikan dengan babak imbas kembali perjalanan kisah hidup watak-watak tersebut sebelum kemalangan tersebut. Walaupun penceritaan latar belakang watak-watak dirasakan terlalu lama dan terdapat juga babak-babak yang tidak perlu, tetapi secara keseluruhannya idea yang cuba diketengahkan agak menarik dan lain dari yang lain.

 

Adakah kita mengenali rakan-rakan yang baik dengan kita? Adakah dengan menggunakan istilah sahabat baik, atau telah lama kenal membuatkan kita tahu apakah rahsia yang disimpan oleh setiap seorang daripada kita. Bagaimana manusia itu diuji apabila berdepan dengan masalah dan bagaimana pula mereka membuat pilihan untuk berada di jalan yang benar atau terus hidup dalam ketakutan demi kepentingan diri sendiri.

 

Siapa Tutup Lampu boleh ditonton di pawagam rumah anda di ASTRO FIRST, 25 NOVEMBER, saluran 480, on demand.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.