Ulasan Filem Prebet Sapu

Prebet Sapu ke Indonesia - Kosmo Digital

 

Sebagai seorang yang terkesan akibat pandemik yang bermula sejak tahun 2019, saya juga pernah terfikir untuk melakukan khidmat pemandu e-hailing semasa saya terpaksa berhenti kerja menjaga anak-anak. Saya terfikir, mungkin lebih mudah saya membawa sahaja anak-anak bersama untuk ke sana ke sini mengambil pelanggan. Mencari rezeki sambil meluangkan masa bersama anak-anak. Tetapi satu perkara tidak mengizinkan untuk saya memohon jadi pemandu e-hailing. Kereta saya tidak layak untuk memohon kerana kereta lama. Akibat kekekangan perbelanjaan setiap bulan, saya terpaksa memilih untuk membeli kereta “second hand” yang telah berusia hampir 10 tahun.

 

Begitulah nasib yang menimpa Aman, seorang Prebet Sapu di ibu kota. Terpaksa mencari rezeki sebagai pemandu “haram” kerana tidak mampu mendapat lesen akibat buta warna serta membeli kereta yang baru. Kereta milik arwah bapanya menjadi kereta pusaka dan mempunyai nilai sentimental kepada Aman. Melalui pekerjaan ini juga, Aman mengenali realiti masyarakat.

Watak Aman yang buta warna ini menjadikan beliau seorang yang tidak terpengaruh dengan sebarang agenda perkauman atau isu “warna kulit” yang menjadi “penyakit” masyarakat ketika ini. Walaupun kita hidup pelbagai kaum di Malaysia ini, diskriminasi perkauman masih dianggap serius dan perlu dipulih segera. Namun begitu, masalah perkauman ini jugalah yang menjadikan satu senjata pihak tertentu untuk memiliki kuasa dan mendapat pengaruh besar dalam masyarakat. Hal ini dapat kita lihat melalui watak Bella yang mempunyai seorang pelanggan setia dari “pihak berkuasa’ tersebut.

Saya melihat filem ini sebagai sebuah filem seni yang mempunyai potensi dalam memberi kesan positif kepada penonton dalam memahami realiti sosial masyarakat pada masa ini. Filem seperti ini saya anggap juga sebagai sebuah dokumentari kehidupan sebenar yang harus dijadikan rujukan penonton untuk memahami keadaan dan kehidupan yang dilalui golongan seperti Aman dan Bella. Mungkin di saat ini kita bersedih kerana kehilangan pekerjaan tetapi masih ada tilam yang empuk menemani tidur malam, namun masih ada yang menjadikan lantai kaki lima dan kereta sebagai singgahan melelapkan mata sebelum menghadapi hari yang seterusnya.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.