PENULIS/PENYAIR WANITA DI MALAYSIA

By in
3 comments
saya ada menjalankan sedikit kajian tentang penglibatan wanita dalam penulisan puisi. Berikut ialah rencana yang pernah disiarkan dlm Dewan Sastera awal 2014.

WANITA TAMAN PUISI
Oleh Zurinah Hassan
Tulisan
ini menyingkap penglibatan penyair wanita di dalam lapangan puisi tanah air.
Tumpuan rencana ialah kepada penyair wanita yang lahir dan berkarya selepas
tahun 1990han hingga ke tahun 2013 dengan tujuan mengemaskini maklumat yang
ada.
Catatan
terawal puisi yang ditulis oleh wanita ialah sebuah sajak  Hasnah Brahim dalam Lidah Benar, 22 April 1930. (Lim Swee Tin,2002:117). Seterusnya pada
tahun 1936 seorang penyair wanita yang bernama Zainun Nasir menyiarkan puisinya
yang bertajuk “Perempuan Mesti Bangun” dalam majalah Al-Hikmah, 7 Mei 1936. Setelah itu nama-nama yang dapat dikesan
ialah Perawan Kampung dengan sajak “Bunga Terpedaya” (Warta Ahad, 3 Mac 1940),
Kalthum Awang dan Wok Jamilah.
Kehadiran
penyair wanita lebih dirasai selepas zaman pendudukan Jepun dan selepas era
Malayan Union dengan kemunculan sajak-sajak yang ditulis oleh Mariam Abdul
Ghani, Fatimah Othman, Wanita Kampung, Hafsah Perak, Siti Aishah, Kamariah
Johor dan Normah Kamarudin. Nama yang penting seterusnya ialah Ibu Zain, Salmi
Manja. diikuti oleh Anis Sabirin. 
Salmi Manja dan Anis Sabirin
muncul sebagai penyair wanita yang aktif 
berkarya seiring dengan pengarang-pengarang ASAS 50. Puisi-puisi Salmi
Manja dan Anis Sabirin turut dimuatkan di dalam antologi Puisi Baharu Melayu (1942-1960) selenggaraan Ali Haji Ahmad, 1966,
bersama penyair-penyair yang dianggap penting pada masa itu termasuk Masuri
S.N., Tongkat Warrant, A.Samad Said, Noor S.I., M.Ghazali, A.S.Amin, Kassim
Ahmad, Suhaimi Haji Muhammad, Nahmar Jamil dan Jihati Abadi.  
Pada pertengahan tahun enam
puluhan taman puisi diserikan oleh  sederetan nama-nama  seperti Maimoonah Haji Omar, Rahimah M.Y,
Noraini Shahrin, Azizah Shahrin, Halimah Haji Ahmad, Aina M, Maznah Ali.
Nama-nama ini sering  menghiasi ruangan
puisi akhbar-akhbar mingguan seperti Utusan Zaman, Mingguan Malaysia
dan Berita Minggu dan majalah-majalah bulanan seperti Mastika dan
Dewan Masyarakat.
Namun
begitu karya penyair-penyair wanita ini boleh dikatakan kurang mendapat  perhatian. Hampir tidak ada rencana, kritikan,
resensi atau esei yang mengkaji secara mendalam hasil karya penyair wanita
lebih lebih lagi di majalah atau jurnal yang berprestij seperti Dewan Bahasa. Pengkaji dan pengkritik
puisi lebih menumpukan perhatian kepada  penyair-penyair
lelaki seperti Usman Awang, A. Latiff Mohidin atau A. Samad Said.  Kalau ada pun nama penulis wanita disebut
ialah  di dalam rencana-rencana yang
lebih bersifat popular (malah hampir berunsur sensasi ) menyentuh
perkara-perkara di luar karya itu sendiri. Segala pandangan itu boleh
dirumuskan sebagai berikut:
1.    Karya
penulis wanita tidak setanding atau kurang bermutu jika dibandingkan dengan
penulis lelaki.
2.    Penulis-penulis
wanita tidak kekal lama, mereka akan hilang setelah berumah tangga.
3.    Penulis
wanita tidak menulis tentang isu-isu yang penting atau isu-isu dunia dan
kemasyarakatan. Tulisan mereka hanya berlegar di sekitar hal-hal rumah tangga
(membuktikan bahawa isu rumah tangga dianggap perkara yang remeh temeh)
Public
opinion
(Pendapat umum) tentang kerendahan mutu
karya-karya penulis wanita mula berubah pada awal tahun 1970-an. Perubahan ini
dibawa oleh Hadiah Sastera Malaysia yang mula diwujudkan pada tahun 1971. Dunia
sastera seolah-olah terkejut apabila beberapa orang penulis wanita tersenarai
sebagai pemenang. Ini membuka mata bahawa penulis wanita tidak boleh dipandang
ringan.
Penyair wanita dan karya
yang menang pada tahun 1971 iaitu tahun pertama Hadiah Sastera Malaysia
diwujudkan ialah Halimah Haji Ahmad (Di Kamar Sewaan), Nor Aini Muhammad
(Mengerti),  Hanum Ain (Bujang Tua), Aina
M (Entah Mengapa), Zurinah Hassan (1971 dan Bahawa Aku Pernah Hidup) . Tahun 1972
menyaksikan kemanangan Zanariah W.A.Rahman melalui sajak Gunung Payung Nama Lagunya
dan pada tahun 1973, Zaihasra muncul dengan sajak Lautan Di Waktu Subuh.
Sejak itu karya karya
penyair wanita mula dibicarakan dengan lebih mendalam, terutama karya yang
memenangi Hadiah Sastera.  Misalnya, Abdullah
Tahir mengulas sajak ‘Mengerti’ karya Nor Aini Muhammad. Mengikut Abdullah
Tahir (1977: 73) “ada usaha penyair menggunakan atau menterapkan suatu filsafat
baru dalam sajak ini” Baris-baris puisinya harus direnung dan diteliti untuk
menghayati pemikirannya yang tajam.
Lelaki itu
Adalah kekasih yang paling kau kasihi
Adalah musuh yang paling kau benci.
Pada
tahun 1982, Dewan Bahasa dan Pustaka (dbp) memberi penghargaan dengan
menerbitkan sebuah kumpulan khas sajak-sajak penyair wanita. Antologi yang
dimaksudkan ialah Kembang Melati  yang diselenggarakan oleh Suhaimi Haji Muhamad
dan Pyan Husein. Ia memuatkan karya tujuh orang penyair wanita iaitu Salmi
Manja, Anis Sabirin,  Maimoonah Haji
Omar, Zurinah Hassan, Nor Aini Muhammad, Siti Zainon Ismail dan Zaihasra.  Kembang
Melati
merupakan satu-satunya  kumpulan puisi penyair wanita yang pernah
diterbitkan oleh dbp. Selepas itu terbit kumpulan  Mustika
Diri
  (dbp 1994) kelolaan Ahmad Kamal
Abdullah dan Siti Aisah Murad. Walau bagaimanapun Mustika Diri tidak terhad kepada puisi. Ia melibatkan penulisan
dalam semua genre iaitui puisi, cerpen, drama dan esei sastera. Penulis puisi
wanita dan bilangan sajak yang terdapat di dalam Mustika Diri  ialah Habsah
Hassan (6), Hasnah Ibrahim,(3), Khadijah Hashim, (1), Mahaya Mohd Yassin (10),
Maimon Rahman ( 2),  Mariam Omar (3),
Maznah Ali (4),Norzeha Kasbi (6), Radziah M.Zin (3), Ratnawati Jamil ( 3),
Rogayah A.Hamid (2), Sairah Haji Antin (2), Salmi Manja (3), Salmiah Ismail ( 2),
Siti Zainon Ismail (2), Siti Zaleha M.Hashim (5), Sitti Hadiah Haji Abd Mutalib
(20, Zaiton Ajamain (6), Zakiah Bahari (2), Zanariah Wan Abdul Rahmadn (2),
Zurinah Hassan (5).
Malangnya,
selepas Kembang Melati tidak ada lagi
usaha yang dijalankan  untuk
menerbit  antologi puisi wanita sedangkan
terdapat antologi yang menghimpunkan cerpen dari penulis wanita iaitu Hawa, dbp, 1984. dan Bunga Gunung, Berita
Publishing,1982. 
Setakat
ini enam orang penulis wanita telah diangkat untuk menerima SEA Write Award
Tetapi hanya Siti Zainon dan Zurinah Hassan menerima untuk penulisan puisi.
Yang lain, iaitu Adibah Amin, Zaharah Nawawi, Khadijah Hashim, Azmah Nordin
adalah penulis novel dan cerpen.
Penyair Wanita Generasi Baru
Bagaimana kedudukan wanita
di dalam taman puisi pada tahun tahun terakhir ini?. Seperti yang dapat dilihat beberapa nama yang mengisi Kembang Melati dan Mustika Diri sudah lenyap atau jarang ditemui lagi di persada puisi
tanah air. Akhir akhir ini telah timbul persoalan tentang  kurangnya wanita yang menulis puisi atau
menjadikan puisi sebagai genrenya yang utama. Persoalan itu menjadi topik
perbincangan di dalam beberapa forum.  Akhbar
Berita Harian, 12 Mach 2013 membicarakan  isu bahawa wanita tidak lagi menulis puisi.di
dalam rencana berjudul “Wanita dan Puisi”.   
Mengikut rencana tersebut tidak ada
lagi nama wanita yang serius menulis puisi selepas tahun 2000., Katanya, ”genre puisi
seolah-olah tidak mempunyai daya tarikan berbanding novel. tidak sekuat tahun
70-an yang melahirkan Zurinah Hassan,Siti Zainon Ismail dan Allahyarhamah
Zaihasra. Kebanyakan kertas kerja juga tidak
menyebut kehadiran penyair
wanita,berbanding penulis wanita yang menulis dalam genre cerpen dan novel”.
Mengikut
rencana itu lagi, kekurangan ini, antara lain, disebabkan wanita lebih
cenderung untuk menulis novel terutama novel remaja dan popular  yang mendatangkan pendapatan lumayan.  Mengikut laporan Berita Harian,  3 Februari
2011, pengarang wanita terutama pengarang angkatan baru  mendominasi novel remaja dan novel popular .
Puisi adalah satu lapangan yang tidak memberi faedah kewangan. Semakin kurang
orang yang mahu bersungguh-sungguh di dalam puisi.  Jika demikian bagaimanakah masa depan puisi
itu sendiri? Hal ini agak membimbangkan kerana tiada pelapis yang meneruskan
kesinambungan penulisan puisi,
Tiadakah
lagi penyair wanita yang menjadikan puisi sebagai tulisan utama mereka selepas Siti
Zainon, Zurinah Hassan, Zaihasra, Zaiton Ajmain, Salmiah Ismail dan Siti Zaleha
M Hashim.  Kali terakhir situasi ini
diberi tumpuan ialah pada Hari Puisi Nasional, ke 14, anjuran Gapena yang
berlangsung di Seremban , 1999, yang bertemakan “Puisi, Kewanitaan dan Alaf
Baru”.  Antara kertaskerja yang dibentang
ialah “Penyair penyair Wanita Malaysia” oleh Rahman Shaari dan “Penyair Wanita
Generasi Baru” oleh Lim Swee Tin.  Lim Swee
Tin memberikan nama-nama penyair wanita baru dan  mengangkat beberapa nama termasuk Raihani
Mohamed Saaid sebagai penyair wanita yang berpotensi.  
Daripada
rekod dan maklumat yang diperolehi terdapat beberapa  penyair wanita yang telah muncul pada tahun
tahun 1980han, 1990han dan  selepas tahun
2000 walaupun sebahagian besar daripada mereka 
tidak begitu aktif menulis. Nama-nama yang dapat dikumpul ialah:
1980-han
Amaruzati
Noor Rahim
Asmira
Suhadis
Anismas
AR
Haryatie
Ab.Rahman
Rafflesia
Darlina
Norazimah
Abu Bakar
Rosmiaty
Shaari
Rositah
Ibrahim hsku 2011.
Rosnani
Ahmad
Rosani
Hiplee
1990-han
Azridah
Ps Abadi
Hazama
Harun
Kathirina
Susanna Tati
Norgadis
Labuan
Aflieza
Arshad
Raihani
Mohd.Saaid.
Nor
Zaiton Hanafi
Zaiton
Ahmad
Shasha
Shakierah
Zaleha
Ahmat
Selepas tahun 2000
Dayana
Chacooo
Raja
Rajeswari Seetha Raman
Dayangku
Mastura
Hani
Salwa
Nissa’Yusof
Ainunl
Muaiyanah Sulaiman.
Rabiatul
Adawiyah Abdul Samad
Teratai
Abadi
Penglibatan
wanita di bidang puisi dapat ditinjau dengan melihat beberapa aspek iaitu
Penerbitan antologi perseorangan serta hadiah dan anugerah penulisan yang telah
dimenangi.
Antologi Perseorangan
Di
dalam rekod yang ada, antologi perseorangan penyair wanita tidak terbit
sehingga 1974, iaitu Sesayup Jalan
(Zurinah Hassan).  Anis Sabirin yang muncul
lebih awal tidak menerbitkan antologi sajak walaupun telah muncul dengan
antologi cerpen Dari Bayang ke Bayang
(1966), manakala Salmi Manja lebih terkenal dengan beberapa buah novel. Antara
antologi puisi penyair wanita Malaysia yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka nya ialah Nyanyian Malam(Siti
Zainon Ismail, dbp 1996), Bagai
Layang-layang
(Zaiton Ajamain,dbp 1990), Dalam Pelarian I (Zaihasra, dbp 1977, Kepada Sahabat (Salmiah Ismail dbp 1993), Perjalanan Mencari Kekasih, (Nor Aini Muhammad dbp 1997), Suara Hati (Mahaya Mohd Yassin, dbp
1993),
Antologi Perseorangan Selepas
tahun 2000
(tidak mengambil
kira antologi puisi kanak-kanak dan remaja)
1.   
Siti
Zaleha M Hashim, Kristal di Laut Bulan. Hadiah kategori buku.2006/2007
2.   
Rosani
Hiplee, Sari Rahsia Terindah,  dbp 2007 ,
3.   
Rosani
Hiplee, Cinta Perempuan yang Cantik,  dbp 2011,
4.    Rosmiaty Shaari, Dari
Hitam Putih Menjadi Zarah
, Iman Creative, KL 2011.
5.    Raihani  Mohd Saaid, Terminus A Quo, Rumah Buku Rania,2011.
6.    Siti Zaleha M. Hashim,  Kapal Kertas Dan Lautan Api , ITBM 2012
7.    Ida Munira Abu Bakar, Kumpulan Puisi Cenderahati Kasih.ITBM 2013
8.    Rositah Ibrahim, Bunga Di Atas Meja ITBM  2013
9.   
Noor Ainna Abd. Hamid , Syair
Puteri
,  ITBM 2013
10. Norjana Mohd Adnan,  Mahagar , ITBM ITBM 2013
11. Rosmiaty Shaari Kembali Kepada Fitrah ITBM 2013
12. Ramlah Bt Abd Rasid Perahu ITBM 2012
13. Raihani Mohd Saaid, Sidang Kultus,  ITBM 2013
14. Hani Salwah Bt Yaakup, Tentang Pertanyaan ITBM 2013
Hadiah dan Anugerah
Kedudukan
penyair wanita juga boleh diukur daripada  hadiah atau anugerah yang diterima di bidang
penulisan. Hadiah paling berprestij (selepas Anugerah Sastera Negara) ialah  Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM). Hadiah
yang juga menjadi impian penulis ialah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Di
samping itu dunia sastera turut diwarnai oleh hadiah-hadiah negeri, yang paling
aktif ialah Johor (Hadiah Sastera Darul Takzim), Sabah (Hadiah Sastera Sabah
dan Terengganu (Hadiah Sastera Darul Iman). Malangnya tidak ada negeri2 lain
yang menganjurkan anugerah secara konsisten.
Hadiah Sastera Perdana
Malaysia (HSPM).
Dari
senarai panjang pemenang-pemenang HSPM sejak tahun 2000 terdapat pencapaian
wanita yang membanggakan.
1.    Hadiah
Kategori Buku:
Siti
Zaleha M Hashim, Kristal di Laut Bulan. Hadiah kategori buku.2006/2007
Hadiah Puisi Eceran
2.    Mahaya Mohd Yassin “Jati Diri”
2000-2001.
3.   
Raihani
Mohd Saaid, “Malam Terakhir Nadim”, 
2002/2005
4.   
Siti Zainon
Ismail “Cebisan Nota
Akhir Laila, Malam Tanpa Bulan di Bukit Gombak”
, 
2004/2005
5.   
Raihani
Mohd Saaid “Selepas Menonton Puteri Gunung Ledang”,  2004/2005
6.   
Zaiton
Ajamain “Catatan Panjang Tentang Suami Skizo Dan Wanita Skizofernik”,  2006/2007.
7.   
Raja Rajeswari Seetha Raman, 2006-2007.
8.   
Mahaya Mohd Yassin “Wanita dan
Laut” 2006-2007.
9.   
Raihani
Mohd Saaid “Negeri itu Antonius” 2008/2009
10. Rosani Hiplee, “Perempuan Cahaya” 2008/2009
11. Raihani Mohd Saaid 
“ Pidato Itu Brutus” 2012
12. Ainunl
Muaiyanah Sulaiman “Mimipi dari Sebuah Lukisan Ilusi”
Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan.
Selain
HSPM terdapat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan yang meriah dengan kemenangan
wanita di bidang novel remaja dan cerpen. Sesekali terdapat nama-nama wanita
yang meraih hadiah di bidang puisi. Mereka termasuklah Raihani Mohd Saaid
dengan puisi “Sajak Anum Kepada Jebat” 2007, dan “Terminus A Quo, 2011. Di samping
itu nama yang membanggakan ialah Rositah Ibrahim yang meraih HSKU 2011 melalui
sajaknya “Kembali ke Gema Dikir”,
KembalikeGemaDikir
Usia telah membawa
Kau kembali ke daerah
lama
Mencari
jejak-jejakpurba
Terhapus oleh jalar
kota
Menyirati desa.
Angin kampungmu telah
kehilangan
Irama masasilam
Kaurindu
Pada malam gempita
Oleh dikir laba
Berembun dini
Dipukau asyik
Pak yong
melentikjemari.
Usiatelahmengaliharah
Membawakaukedaerahpusaka
Rositah
Ibrahim
Hadiah Puisi Numera.
Rosmiaty
Shaari ‘Risalah Melayu” Hadiah Utama Numera 2014
Sayembara Menulis Novel,
Cerpen dan Puisi
ITBM,
PENA,BERITA HARIAN
Tiga
puluh karya telah dipilih menerima hadiah. Di antaranya terdapat tiga kumpulan
puisi penyair wanita iaitu Tentang Tanya
oleh Hani Salwa, Sidang Kultus oleh
Raihani Mohd Saaid dan Perahu karya Ramlah
Abdul Rashid.
Selain
dari itu, satu sayembara yang wajar disebut di sini ialah Hadiah Puisi
Kebangsaan Esso-Gapena yang dianjurkan dalam usaha Gapena untuk mencari
sajak-sajak yang sesuai dibaca di dalam Sayembara Deklamasi Puisi Hari
Kebangsaan yang telah diadakan sejak tahun 1984.Sayembara tersebut turut
menyaksikan keunggulan  penyair-penyair
wanita termasuk Amaruszati Noor Rahim yang muncul dengan sajaknya “Nazam
Kecintaan”’ Hasidah Disan (Di Wajahmu, Bonda), Jariah Taha (Di Tanah Merdeka
dan Pada Malam Kemenangan Ini), Raihani Mohd. Saaid (Istana Kemerdekaan dan
Kota Anak Generasi), Sairah Haji Antin (Epilog Sang Pemimpin).
Melihat
situasi penerbitan buku dan anugerah yang diadakan , maka bolehlah dirumuskan
bahawa terdapat beberapa orang penyair wanita generasi muda yang aktif dan
memperlihatkan potensi di dalam persada puisi tanah air. Beberapa orang yang
dapat dicatatkan di sini ialah:
.
Rosani  Hiplee,
Anak kelahiran Kuching,
Sarawak. Penerima Hadiah Karyawan Harapan Negeri Sarawak tahun 2000, Hadiah
Penghargaan Penulis Sarawak tahun 1996 (puisi), 2007 (puisi) dan 2010 (puisi
& esei kritikan sastera), dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2009/2010
(puisi eceran).
Karya-karya beliau pernah
disiarkan di akhbar dan majalah tempatan dan nasional seperti Utusan Sarawak, Utusan Borneo, Berita
Minggu, Berita Harian, Dewan Siswa, Dewan Sastera, Tunas Cipta, Karya, Dewan
Bahasa, Dewan Budaya, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Tamadun Islam, Jendela
Sarawak
dan penerbitan berkala lain malah banyak juga yang sudah
diantologikan.Sari Rahsia Terindah
(2006) dan Cinta Perempuan yang Cantik
(2011), merupakan dua buah kumpulan puisi beliau yang sudah diterbitkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosmiaty Shaari,
Rosmiaty telah
menerbitkan antologi perseorangan Kembali
Kepada Fitrah
ITBM, 2013
Dari Hitamputih Menjadi Zarah, Iman Creative, KL 2011. Beliau memenangi Hadiah Utama Puisi Numera,
2014.. kumpulan Dari Hitamputih Menjadi
Zarah
telah dilancarkan dan dibicarakan di Pusat Dokumentasi HB Jassin,
Hani Salwah Yaakup
Hani Salwah adalah mantan Minggu Penulis Remaja (MPR)
2001 anjuran Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Mula menulis dalam genre cerpen.
Karya beliau pernah disiarkan di dalam antologi Tunas Karyawan 3, Edusystem Sdn Bhd, Antologi 12!, Kelab Alumni MPR, Antologi Gema Membelah Gema, BAHASA Sabah, Karyawan 2011, Persatuan Penulis Nasional (PENA), Tunas Cipta, Mingguan Malaysia dan Berita
Minggu
. Berpengalaman menulis lirik, puisi, artikel, skrip untuk rancangan
radio.
AINUNL MUAIYANAH
SULAIMAN
            Karya beliau seperti cerpen dan
puisi pernah disiarkan dalam akhbar dan majalah seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Harian Metro Tunas Cipta, Dewan
Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Fokus, URTV, Mutiara Minda
dan Pentas. Puisinya dimuatkan dalam
antologi Takah Lima Puluh (PENA,
2011), Karya Sasterawan 2011 (PENA,
2011), Koleksi Puisi (Balai Seni
Visual Negara, 2012). Sebuah cerpennya dipilih untuk Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia (ITBM, 2013). Buku pertamanya
berjudul Sepetang di Kafe Biblioholic
diterbitkan oleh JS Adiwarna, 2013. Puisinya “Mimpi dari Sebuah Lukisan
Ilusi” pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 dalam
kategori puisi eceran.
RAIHANI MOHD SAAID
Penulis
ini dinamakan oleh Lim Swee Tin sebagai penyair wanita generasi baru yang terpenting,
 dalam kertaskerjanya  “Penyair Wanita Generasi Baru” (dibentangkan di
Hari Puisi, 1999 di Seremban). Beliau adalah peserta MPR 1997.  Sajaknya tersiar di Berita Minggu, Dewan Sastera, Mingguan Malaysia, Dewan Budaya, Tunas
Cipta.
Antara
pencapaiannya dalam puisi ialah  : memenangi
Sayembara Puisi Esso-Gapena, 1994.  HSPM
2004/2005,  2008/2009  , 2012
, HSKU 2007, 2011 dan
Sayembara ITBM,PENA, BERITA HARIAN 2013.
penutup

Semoga
taman puisi kita terus berbunga mekar dengan penyertaan penyair-penyair wanita
baru bagi meneruskan perjuangan yang telah direntas oleh generasi sebelumnya. 

3 comments on “PENULIS/PENYAIR WANITA DI MALAYSIA”

  1. Reply

    Maaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya…
    Syukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi…Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon…
    Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda…salam saudara-saudari TKI semua…

    1. Reply

      Assalamualaikum wr.wb, Saya dari Ibu Sri Wahyuni di subang seorang pembatu rumah tangga di Arab Saudi ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KASURI atas bantuanya kini impian saya selama ini sudah jadi yata dan berkat bantuan MBAH KASURI yang telah memberikan angka gaib hasil ritual kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah angka yang diberikan mbah bener-bener tembus. sekali lagi makasih MBAH buat angka ritualnya sehingga saya bisa menang. Berkat angka gaib hasil meditasi ritual MBAH KASURI saya sudah bisa bangkit dari keterpurukan juga udah buka usaha yang dijalankan suamiku di kampung dan kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya, bagi anda yang ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KASURI di nomer ini: 0853 4646 0388 atau silahkan kunjungi dan klik ANGKA TOGEL JITU HARI INI ramalan MBAH KASURI memang memiliki ramalan GAIB” yang insy allah dijamin tembus 100%.

  2. Reply

    Bagi saya, karya puisi wanita begitu unik kerana banyak pembaharuan yang dipaparkan dalam gaya penulisan. Salmi Manja contohnya begitu seorang yang lembut dalam mengungkapkan kata-kata puisinya sehingga mampu memberi kesan yang mendalam. Ohhh Salmi Manja…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.