BEBERAPA PETIKAN /KOMEN TENTANG ZURINAH HASSAN.

By in
No comments
(SIMPANAN INI SEBAGAI TANDA MENGHARGAI MEREKA YANG SUDI MEMBERI PERHATIAN).
Sasterawan Negara Muhammad
Haji Salleh

“Saya selalu terkesan
oleh metafora dan diksi yang sesuai, tepat dan  oleh
itu lekat pada 
ingatan. Sering kita dihadiahkan dengan metafora dan alur
gagasan yang membawa ‘surprise’ dan hadiah begini tidak datang dengan
mudah.” 
                       
( kertaskerja
Seminar Kefahaman Budaya ke VIII: Zurinah Hassan,                                                 Disember 2004 anjuran bersama Dewan Bahasa dan
Pustaka                                             Utara dan Universiti Sains Malaysia).
                                                           
 “The really vocal and individual woman poet
is a rare person.  Her poems not only
show that she is a different woman from other woman writers but also a person
who finds in poetry the opportunity to speak out her innermost soul without the
decorum of the past literary practices
”Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, An Anthology of Contemporary Malaysia Literature, dbp. 1988 : 362,
Mana
Sikana
“Muhammad
Haji Salleh  adalah di antara penyair
terbaik Malaysia. Ini  diikuti  dengan Kemala, Baha Zain dan Zurinah
Hassan. Kemala terus  konsisten dengan  pengucapannya. Baha Zain meski
kurang prolifik, tetapi
sajak-sajaknya masih kental dan belum ada pengarang            terkemudian yang dapat mengatasinya.Saya menambah Zurinah Hassan sebagai penyair terbaik,  puisi-puisinya
menjadi lambang kelembutan  wanita Melayu”.
                        Mana Sikana “Penyair-Penyair Terkemuka
Malaysia: 
Analisis Puitika Tekstual, Perisa (Jurnal Puisi Melayu)  Bil. 3.1995)
                                           
” Kekuatan puisi Zurinah Hassan terletak pada penguasaan bahasa yang cukup
baik dan kental, mempunyai perasaan yang puitis dengan ungkapan yang hati-hati,
bersih dan padat. Gaya Zurinah Hassan merdu, kadang-kadang sedikit melodramatik
dan sekali-sekala sinis, tetapi cukup untuk menggoncang perasaan dan memberi
kita pengalaman-pengalaman yang manis. Alam kehidupan, budaya dan sublimasi
manusia mendapat tafsiran dan makna 
menurut kacamata Melayu yang lembut dengan suara yang harmonis.
  Mana Sikana “Penyair-Penyair Terkemuka Malaysia: Analisis Puitika Tekstual, Perisa (Jurnal Puisi Melayu)  Bil. 3.1995)
                                           


Shafie Abu Bakar
 Zurinah Hassan
sesungguhnya mempunyai kedudukan yang kukuh di dalam perpuisian tanah 
air,
bukan sahaja sebagai penyair wanita terbaik di dalam persajakan moden, tetapi
salah 
seorang penyair terkemuka tanah air sebaris bersama Usman Awang, Kassim
Ahmad, Latiff Mohidin, Muhammad Haji Salleh dan Kemala. 
(Shafie Abu Bakar, “Perjalanan Kualiti Persajakan Melayu
dalam  Peradaban Melayu
(1997:163-166)
Sasterawan
Negara Usman Awang
“Zurinah penyair wanita berbakat besar yang lahir selepas Anis
Sabirin.”
( Usman Awang, Ismail Ahmad Titian
Zaman
, Dewan Bahasa dan Pustaka: 97). 

“Zurinah
has made a significant contribution to Malay literary development. She brings
meaning to the Malay language, breathes life into her words. Her use of
language is captivating, poetic and harmonious “.(The Star, 30 Jun 1988).



Sasterawan
Negara Shahnon Ahmad
 “Zurinah Hassan adalah penyair
wanita yang besar bakatnya. Nada dan irama puisi-puisi Zurinah amat lembut dan
manis terutama puisi puisi sepinya. Ini disebabkan pemilihan kata-katanya yang
amat sesuai dengan gerakan sumber alam yang menjadi imej puisi-puisinya”.
             ( Shahnon Ahmad “Sastera sebagai Seismograf Kehidupan”, Dewan  Bahasa dan Pustaka 1993: 226).
Sasterawan
Negara Ahmad Kamal Abdullah
Puisi-puisi Zurinah Hassan
dalam Keberangkatan yang memenangi Hadiah
Utama dalam Anugerah Puisi Putra II sebagai “sesuatu yang miracle” Kumpulan itu memerlihatkan bagaimana Zurinah mencari makna
kewujudan diri, memerhati kemanusiaan yang semakin hilang di tengah-tengah
kehidupan moden yang mengejar materialism. Zurinah Hassan menautkan ilmu dan
bakat dalam puisi-puisi ciptaannya. 
(Kemala (Gejala,
1989: 465)
Lim
Swee Tin
 “Membaca puisi-puisi Zurinah ibarat menjelajah
ke alam penggunaan kata dan bahasa yang selalunya sederhana, namun kerap kali
pula mengasyikkan. Puisi-puisi yang terkumpul dalam antologi Nota Waktu keseluruhannya mampu
membuktikan ketokohan Zurinah sebagai penyair Melayu terbaik setakat ini.”. Lim
Swee Tin (Dewan Sastera, Disember,
2004)
Arbak Othman
“Kekuatan karya puisi ZH diukur
berdasarkan dua faktor, iaitu nilai estetik yang tinggi dan kualiti yang
mengangkat puisi-puisinya sebagai genre puitik yang meningkatkan kesan pada
aras kesedaran pembaca. Puisi-puisi yang 
beliau cipta berhasil mengekalkan kesatuan fikiran dalam sifatnya yang
indah.  Idea-idea yang diungkapkan
kelihatan tersusun, menyentuh perasaan dan logik.  Kata-kata dalam diksi dibentuk dalam susunan
yang berseni.  Unsur rasa dan emosi
paling kuat memberikan sifat kepada puisi yang dicipta.  Puisi dibentuk dengan menggunakan gaya yang
tersendiri dengan kata-kata yang sesuai dan relevan dengan mesej yang disampaikan.
Kebanyakan puisi beliau berhasil membentuk mesej yang berkesan.  Kata-kata yang digunakan menyentuh perasaan
dan akal budi.(“Idealisma Budaya dan Jatidiri Bangsa yang Tercalar” kertaskerja
Seminar Bersama Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah Hassan, UKM. 23 Nov.2011)
Johan
Jaafar,
Puisi-puisi
Zurinah memberi bekas kepada persoalan kekecewaan dan kehancuran kemanusiaan
akibat ditelan oleh pemodenan dan pembaharuan yang bermaharajalela.  (Gejala: 470).
Dharmawijaya 

“Dalam segala kelembutan dan kesederhanaan pengucapan
Zurinah Hassan terasa kedalaman pemikiran yang menyegarkan kesedaran pembaca.”.
 (“Sentuhan
Rasa Tujuh Penyair Wanita” Dewan Sastera, Ogos (1977:58)

Ramli
Isin
Puisi-puisi ZH  mengandungi nilai-nilai sasteranya yang
tinggi. Ini dilihat dari aspek kesederhanaan dalam gaya pengucapan pemikirannya
dengan pembukaan frasa-frasa dan kalimat-kalimat yang segar yang mengandungi
makna yang berlapis. Kesederhanaan dan kesahajaan ZH sudah merupakan suatu jati
dirinya  
“Kepenyairan Zurinah Hassan yang
Tidak Pernah Putus dan Surut” Dewan
Sastera
,2004:12)
.
Laporan
Panel HSPM
Melalui  Memoir
Zurinah Hassan Menjejak Puisi
Zurinah telah memberikan suatu dimensi baharu
penulisan autobiografi. Buku ini mempamerkan suatu kelainan dalam
persembahannya sebagai sebahagian daripada autobiografi seorang penyair dengan
kehidupannya menghasilkan puisi serta memperkatakan sendiri puisi-puisi yang
telah ditulisnya. Sekali gus karya ini memperlihatkan keterampilan kreatif
penyair berserta keilmuannya menghayati puisi-puisi secara terbuka yang ada
kalanya berteori. Jarang sekali khalayak sastera Melayu dipaparkan dengan
persembahan sebegini rupa iaitu yang menyatukan dua kemahiran dalam suatu wadah
dan perbincangan.Pengalaman serta pengamatannya juga boleh dijadikan teladan kepada
masyarakat terutamanya kepada penyair muda yang sedang mencipta nama dalam
bidang ini. Buku ini menjadi lebih istimewa sebagai sebuah autobiografi apabila
penulis memasukkan perbincangan bersifat ilmu ke dalam beberapa bab berserta
petikan-petikan puisinya yang diturunkan sebagai contoh dan bukti perihal yang
diperkatakannya. Ini membezakan cebisan autobiografi Zurinah dengan hasil penulis
lain yang semata-mata menurunkan catatan sejarah diri tanpa menyelitkan panduan
dan bimbingan kepada penyair muda.
Sasterawan Zurinah Hassan
secara tepat dalam puisinya mengungkapkan bahawa yang ditentang  oleh si Tuah
bukannya Jebat, tetapi penderhakaan dan perebutan kuasa. Yang dipertahankan
oleh di Tuah bukannya Raja, tetapi sebuah kerajaan. Kerana tanpa kerajaan tidak
akan wujud sebuah.negara. Tanpa negara apalah ertinya suatu bangsa. Episod yang
berlaku menghilangkan keramat Keris Taming Sari. Taming Sari lambang kekuasaan,
digunakan untuk bertarung sesama sendiri. Hang Tuah juga tidak berupaya
mempertahankan kejatuhan Melaka
Datuk Seri Abdullah Badawi dalam ucapannya selaku Timbalan Presiden UMNO dan disiarkan oleh hampir semua akhbar pada 18 Jun 2003:


Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah (sekarang Sultan Perak) 
Dalam puisi Korban
Hang Tuah
 penyair Zurinah Hassan cuba menyelami gelombang serba salah
yang menghempas dada Hang Tuah ketika terpaksa membuat perhitungan untuk
memilih antara kesetiaan kepada sahabat dan kesetiaan kepada Raja. Hang Tuah
akhirnya terpaksa memilih, mengorbankan sahabat kesayangannya walaupun dituduh
melakukan kesetiaan melulu. Zurinah menghuraikan Hang Tuah sebenarnya tidak
sekadar membunuh Hang Jebat tetapi menentang satu penderhakaan – menentang
perebutan kuasa. Bagi Zurinah, Hang Tuah bukan sekadar mempertahankan seorang
Raja tetapi mempertahankan lambang negara kepada sebuah kerajaan demi
memastikan bahawa Melayu tidak akan hilang di dunia. Tanpa kerajaan apalah
ertinya lagi sebuah negara.

Titah ucapan majlis pelancaran buku The Malays di Universiti Kebangsaan Malaysia. pada 10 Mac 2009. 
            

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.