BERLATIH UNTUK DEKLAMASI PUISI

By in
No comments
  •         Baca dan fahami sajak yang akan dideklamasikan.
  •         Berlatihlah menyebut setiap perkataan. Beri perhatian kepada
    perkataan yang sukar.(lain orang lain masalah).  
  •         Fikirkan gaya yang sesuai dengan sajak yang dipilih.
  •         Jaga kesihatan dan suara supaya bagus pada hari pertandingan.
  •         Buatlah gerakan atau senaman bagi memperbaiki pernafasan dan
    kawalan suara.

·        
PERGERAKAN:
Pergerakan terlalu banyak
apa lagi yang tidak ada kaitan akan mengganggu pembacaan. Adakalanya pergerakan
itu menyebabkan suara deklamator tenggelam dan tidak jelas kedengaran.Gaya
keterlaluan biasanya terjadi kepada deklamator yang terlalu mahu kelihatan
‘bersungguh-sungguh’. Deklamator terbabit membaca dengan sekuat suara, sering
bertempik, menimbulkan nada sedih dengan menangis tersedu sedan dan sebagainya.
Perbuatan itu tidak dilarang tetapi mesti bersesuaian.
Tetapi biasanya gaya
keterlaluan seperti itu hanya menimbulkan kelucuan dan jarang membawa
kemenangan. Peserta harus tahu membezakan antara berlakon teater dan bergaya di
pentas deklamasi.
DEKLAMASI YANG BERJAYA :
Dapat menarik penonton
menghayati makna, pemikiran dan suasana dalam sajak. Penonton terus menumpukan
perhatian terhadap bacaannya.
Dapat membuat penonton
bersedih atau membangkitkan semangat patriotik mereka mengikut maksud sajak
yang dibaca.
Deklamasi  membabitkan suara, sebutan, nada, intonasi,
mimik muka, gerak badan dan sebagainya. Semua itu mesti dipadukan dengan
harmoni dan sesuai dengan maksud sajak.
DEKLAMASI GAGAL JIKA:
sebutan tidak jelas,
kurang keyakinan
lupa skrip (baris-baris sajak).
SEBUTAN TIDAK JELAS
Penonton tidak ada teks mereka
hanya bergantung kpd pembacaan deklamator. Deklamator mesti menyebut setiap
perkataan dengan jelas. Jika lain yang disebut lain kedengaran tentulah
menjejaskan makna sajak. Contohnya banyak spt penjajah disebut penjaja. Polusi disebut
polisi, martabat jadi martabak, mujahid jadi mujahat.
Contoh baris:
“Bertahun tanah ini dipijak
penjajah”  jgn jadi “bertahun tanah ini dipijak
penjaja”.
“alam di tawan polusi”  jangan dijadikan “alam ditawan polisi”,
Apabila ini terjadi
makna sajak berubah, malah menimbulkan kelucuan dan mengganggu suasana dan penghayatan
penonton dan ia dianggap satu kegagalan.
Baca sajak dengan
berulang kali, ulang sebut perkataan yang mungkin bermasalah
KURANG KEYAKINAN
Ada deklamator tidak
menghadap penonton dengan yakin. Ini menyebabkan ia teragak-agak, kurang
bersungguh-sungguh, sebutan tidak jelas dan suara tidak keluar. Ini terjadi
apabila deklamator tidak membuat persediaan secukupnya.
TERLUPA SKRIP:
 Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan
membenarkan peserta membawa kertas di pentas, namun peserta yang boleh
menghafal dengan baik tentu berhak menerima markah lebih kerana itu membuktikan
kesungguhannya.Jika deklamator terlupa dan meninggalkan beberapa baris, tentu
menjejaskan makna sajak. Ada deklamator terlupa perkataan asal lalu
menggantikannya dengan perkataan lain sehingga maksud sajak berubah.
Markah di potong
mengikut sejauh mana pembacaan menyimpang daripada makna sebenar. Walaupun
deklamator dibolehkan membawa kertas, mereka perlu pandai mengawal keadaan
supaya tidak ketara.
INTONASI:
Intonasi bergantung kepada
maksud sajak. Deklamator mesti membaca dan mengawal intonasi suara, meninggi
dan merendahkan suara pada tempat sesuai dengan maksud sajak. Tidak semestinya
menjerit dan bertempik untuk menghasilkan pembacaan bertenaga. Jika deklamator
bertempik dan berada terlalu dekat dengan mikrofon yang tidak begitu canggih,
maka kedengaran bingit dan menyakitkan telinga. Ini mengganggu penonton dan
pengadil. Suasana sajak gagal dibina dalam keadaan ini.
Gunakan kreativiti mencari gaya baru dan tidak meniru gaya lalu.Apabila puisi dipentaskan, baik pada pertandingan, teater atau dilagukan, ia mesti mencapai matlamat menyampaikan maksud puisi. Tidak ada gunanya puisi diberikan irama atau digayakan dengan pelbagai gerak dan tari jika irama atau pergerakan itu sendiri menenggelamkan maksud sajak.
·        
Deklamasi puisi adalah persembahan seni. ia meminta kreativiti dan gaya tersendiri.

4-4-2015 BERSAMA PELAJAR-PELAJAR DI RUMAH GAPENA, MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MEREKA TENTANG PUISI DAN DEKLAMASI PUISI.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.