Salam sejahtera kawan-kawan, adik-adik dan anak-anak. Mohon bertanya adakah anda merasa melalui media sosial dan penjualan online, buku anda lebih mudah diperkenal kan dan dipasarkan berbanding sebelum ini? Sudilah berkongsi pengalaman anda. Terima kasih.
Saya ambil beberapa komen di pertanyaan facebook
Banyak yang like. Tapi yang belinya boleh dibilang dengan jariπ€ – Radzuan Ibrahim
Bonda Zurinah Hassan, jika kita mempunyai pengikut dalam media sosial, mudah kiranya mereka mengetahui buku terbaharu kita. – CL Tan
Saya jual off line, lebih laris. Saya pernah jual buku puisi sendiri Hamparan Hidup terbitan ITBN, 200 naskah selama 8 hari. Jual secara paksa rela kepada semua YB, semua ahli Parlimen, semua ketua jabatan dan mereka yang pernah saya temubual. Ada yang tak minat puisi dan tak faham pun puisi tu apa, tapi mereka mungkin terhutang budi sepanjang saya pernah interview dan menulis berita mengenai mereka, makanya dibeli π – Aflieza Arshad
Mudah memasarkannya berbanding tanpa media sosial walaupun akhirnya yang beli tidak banyak tetapi jumlah itu adalah lebih baik jika tanpa promosi. Online hanya salah satu kaedah untuk jual buku, namun begitu jualan secara bersemuka cthnya jika saya kursus sambil bawa buku juga sangat membantu. – Rohaidah Yon
Lagi mudah Datuk.. Tak perlu ckp apa2.. Hantar post kat fb.. Grup Whatsapp kawan sekolah…pastu buat jualan kombo beberapa buku…pastu bagi hadiah pulak..kos pos free ka.. Mmg berbaloi la jugak..Tambah kalau buku kita tu.. Terutama antologi ada nilai tambah.. Contoh ada tokoh2 penulis tersohor..mmg laku.. Pendek kata nak berjual secara online ni kena ada skill marketing yang baik.. Baru boleh jalan.. πππ. Sekadar perkongsian pengalaman saya 3 tahun dalam industri buku nih.. π – Ishah Shamsudin
Buat page. Page fb Dari page tu buat 1post promosi buku. Kemudian beli boost.Boost akan cover umur (blh target buku tu akan diminati utk golongan umur). Lebih byk jualan akn dpt. InshaAllah Sbb boost ni tertumpu pd kelompok. – Eddy Rusdy Abdullah