Ulasan filem Ada Hantu

Pada masa kini, selalu kita dengar beberapa influencer, instafamous, youtubers dan seadanya melakukan beberapa perkara “kurang bijak” dalam mendapatkan viewers atau likes yang tinggi. Demi mencari followers, pelbagai perkara yang dilakukan sehingga menerima kecaman tanpa mengira sensitiviti atau perasaan orang lain.

 

Hal ini yang cuba disampaikan dalam filem Ada Hantu, sebuah filem arahan sulung Hairul Azreen. Mengisahkan seorang youtubers bernama Aliff yang ingin membawa kelainan dalam video yang dipaparkan di saluran youtube beliau. Setelah mendapat idea daripada rakan-rakannya, Aliff bersetuju untuk pergi ke sebuah banglo yang dikatakan mempunya sejarah yang menyeramkan. Aliff ingin membuktikan kepada followers bahawa tiada hantu dan tidak mempercayai perkara seperti itu.

 

Filem yang membawa genre komedi seram ini mempunyai plot yang ringkas dan tidak begitu mengelirukan. Walaupun terdapat babak flashback dan juga sedikit plot twist, tetapi keseluruhannya filem ini tidak mengecewakan. Lebih lagi filem ini percubaan pertama Hairul Azreen sebagai pengarah. Sekiranya ini adalah percubaan pertama, saya percaya Hairul Azreen boleh menghasilkan filem yang lebih baik pada masa akan datang. Tidak perlu budget yang tinggi atau pelakon yang terkenal, cukup sekadar skrip yang baik dan jalan cerita yang ringkas dan menghiburkan, filem Ada Hantu berjaya menarik perhatian saya.

 

 

Secara keseluruhannya, filem Ada Hantu memang ada hantu dalam filem Ada Hantu ni. ha, fahamkan?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.