Kuali Hitam

Warisan Zurinah Hassan

CRUELLA

Disney shares new look at Emma Stone in 'Cruella' ahead of first trailer

 

 

Menurut Michael Rabiger (2006), (Developing Story Ideas (Second Edition). Focal Press : USA), 

konflik watak utama dalam naratif boleh diwujudkan dengan tiga situasi utama iaitu:

  1. person against person
  2. a person against nature
  3. a person against him-or herself

 

Filem Cruella memaparkan watak Estella sebagai watak antihero yang cuba menuntut bela atas kematian ibunya. Melalui amatan saya, watak Estella menghadapi ketiga-tiga situasi utama konflik watak.

 

Situasi pertama iaitu konflik antara watak utama dengan watak yang lain. Estella bertemu dengan Baroness, seorang pereka fesyen terkenal. Walaupun pada mulanya beliau menganggap Baroness sebagai idola dalam bidang fesyen, akhirnya perasaan itu bertukar kepada dendam apabila mengetahui Baroness ada terlibat dengan masa silam Estella yang penuh tragedi.

 

Situasi kedua ialah konflik watak dengan alam. Alam ini tidak terhad kepada bencana atau haiwan, tetapi juga menyeluruh kepada semua perkara ada dipersekitaran manusia. Contohnya Estella terpaksa berdepan dengan persekitaran yang tidak menerima beliau yang lain dari orang lain. Kewujudan Estella bagaikan menimbulkan rasa ancaman atau tidak selesa kepada yang memandang beliau.

 

Situasi ketiga ialah konflik watak dengan dirinya sendiri. Seperti yang dinyatakan di atas, Estella berdepan dengan pandangan orang ramai terhadap dirinya, hal ini membuatkan Estella sedar bahawa diri beliau yang  menjadi penghalang untuk hidup sebagai orang yang normal. Hal ini juga dibuktikan dengan tindakan Estella mewarnakan rambutnya supaya tiada siapa dapat melihat dirinya yang sebenar.

 

Ketiga-tiga situasi konflik watak ini yang menjadikan naratif filem Cruella sangat menarik dan kuat dari sudut penceritaanya. Kesukaran Estella membuat pilihan serta berdepan dengan cabaran telah memberi nafas segar kepada filem Cruella.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.