Kenapa Ulasan Dari Mata Penonton Sangat Penting ?

Kenapa Ulasan Dari Mata Penonton Sangat Penting ?

Ada yang tanya, kenapa buat buku pasal ulasan dan mengapa ulasan dari mata penonton?

Saya teringat kata2 dari pensyarah saya dulu, en Norman (sekarang dah Dr Norman), dia kata, ulasan itu semuanya betul. Setiap pandangan orang adalah subjektif dan boleh diterima.

Semasa di fakulti dulu, selalu ada aktiviti screening dan selepas itu akan ada soal jawab atau berkongsi pandangan. Setiap kali itu, saya lihat en norman menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh pelajar2. Tak pernah lagi saya tengok beliau merendahkan pandangan pelajar. Sikap ini saya cuba contohi sehingga sekarang. Bila mana ada yang mahu belajar menulis atau memberikan idea mereka, saya akan sedaya upaya berkongsi pengetahuan bersama.

Saya sendiri teruja bila membaca pelbagai ulasan dari orang yang berbeza. Perspektif dan penilaian setiap orang itu sangat unik dan menarik. Maka terhasillah idea projek Bicara Filem dan Sembang Siri

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.