Ulasan Filem Luca

 

Luca, sebuah animasi terbaru yang mengisahkan kehidupan seekor raksasa laut yang ingin hidup di daratan bersama manusia. Luca menjadikan tema persahabatan sebagai simbolik utama dalam menggerakkan naratif cerita. Secara keseluruhan, saya merasakan filem Luca adalah dalam kategori biasa sahaja. Pengalaman menonton filem Luca adalah menghiburkan dari sudut komedinya, namun begitu secara peribadinya saya tidak mendapat “WOW FACTOR” dari filem ini.

Nilai persahabatan dan pendidikan adalah antara nilai yang boleh kita pelajari dari Luca. Bagaimana seekor raksasa laut mahu hidup di daratan dan belajar pelbagai perkara tentang dunia, dah tidak hanya terkurung di dalam laut. Seperti peribahasa katak di bawah tempurung, Luca ingin mendapatkan pengetahuan yang lebih dalam kehidupannya.

Konflik yang diutarakan ialah apabila manusia takut pada raksasa laut, dan raksasa laut takut pada manusia. Keduanya tidak pernah bertemu dan hidup secara langsung namun begitu berasa terancam dengan diri masing-masing. Hal ini juga boleh dikaitkan dengan realiti kehidupan manusia yang mudah terancam dengan sesuatu yang baru atau tidak dikenali. Terdapat golongan yang menganggap sesuatu yang baru ini adalah memberbahaya dan bertujuan untuk merosakkan masyarakat atau keadaan sekeliling. Namun begitu, sekiranya kita cuba mengenali dan mengkaji apakah sebenarnya perkara baru itu, pastinya kita akan memperoleh ilmu yang berharga.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.