Bengkel Deklamasi Puisi Artistik

Bengkel Deklamasi Puisi Artistik

Deklamasi ialah pembacaan sajak untuk didengar dan difahami oleh orang lain. Ia merupakan satu persembahan. Persembahan deklamasi dikira berjaya jika dapat menarik penonton untuk sama menghayati dan merasai lontaran rasa dan pemikiran penyair.
Persembahan puisi artistik menggabungkan deklamasi dengan elemen teater, seperti gerak tari dan muzik.
Namun begitu tumpuan utama ialah kepada pembacaan dan pemaknaan puisi yang dibawa.
Kejayaan deklamasi dan PPA bergantung kepada lontaran vokal, intonasi, kejelasan sebutan dan sebagainya.
Perkara ini akan diperjelaskan oleh dua orang tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam puisi dan persembahan puisi.

KUALI HITAM dan SYAHIDA HASSAN ENTERPRISE (SHE) menganjurkan

Bengkel Seni Deklamasi dan Persembahan Puisi Artistik
(Cara membawa penonton ke dalam puisi)

Dato’ Dr. Zurinah Hassan
Dato’ Rahman Shaari

Moderator: Raihani

9 Ogos 2021
Isnin
09.00 malam – 11.30 malam
Melalui aplikasi Zoom.

Anda akan mempelajari:
1. Penghayatan puisi
2. Projeksi vokal, intonasi
3. Kejelasan sebutan
4. Kesesuaian gaya teatrikal
5. Membina makna dan suasana

Terbuka kepada semua pencinta puisi.
RM60 sahaja.

Jika daftar berdua, diskaun sebanyak RM40!

Daftar di:

Maklumat lanjut:
0183280829 (SHE)
0108052717 (KUALI HITAM)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.