Malam Puisi dan Lagu – Terima Kasih Wira Kita

Malam Puisi dan Lagu – Terima Kasih Wira Kita

Bagi menghargai pengorbanan Wira Barisan Hadapan seperti warga Kementerian kesihatan,PDRM, ATM dan pasukan Rela dalam menghadapi COVID-19 yang melanda di seluruh negara.

Malam tadi; berlangsung Persembahan Malam Puisi dan Lagu ‘Terima Kasih Wira Kita’ yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Penyair dan kumpulan Kopratasa.

Berlangsung di Panggung Bandaraya,Jalan Raja di ibu negara yang dibuka semula setelah ditutup selama empat tahun.

Ia dihadiri 150 penonton yang dijemput khas mengikuti Prosedur Standard Operasi SOP yang digariskan KKM dan MKN.

persembahan selama hampir dua jam itu menampilkan penyair terkenal terdiri Sasterawan Negara Datuk Dr Zurinah Hassan dan Profesor Emeritus Muhamad Haji Salleh serta penyajak-penyajak yang lain.

Mereka mendeklamasi puisi dan monolog berkaitan COVID-19.

Selain itu juga diselang seli oleh artis-artis terkenal Erni Zakri ,Syamel ,Ayai Ilusi , Kopratasa dan Zehra Zambri yang masing-masing menyampaikan lagu-lagu berkaitan Covid 19.

Ia ditujukan khas kepada wira barisan hadapan dengan diiringi oleh orkestra DBKL dan artis budaya DBKL.

Persembahan meraikan wira barisan hadapan dihoskan oleh Fedtri Yahya dan Fiza Sabjahan.

Selain itu persembahan ini juga dibuat sempena sambutan hari kebangsaan ke 63 pada 31 ogos ini.

Datuk Bandar Kuala lumpur Datuk Dr Noor Hisham Ahmad Dahlan yang ditemui RTM selepas persembahan itu menyatakan; panggung ini yang pertama kali dibuka kepada umum setelah 4 tahun ditutup adalah kerana dinaiktaraf oleh DBKL.

sumber : berita rtm

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.