SYAIR RAKIS BRUNEI YANG TRAGIS

SYAIR RAKIS BRUNEI YANG TRAGIS

TRAGEDI SYAIR RAKIS

Oleh ZURINAH HASSAN.

Selain terkenal dengan kesejahteraannya, negara
Brunei Darussalam juga terkenal dengan syair  syairnya. Salah sebuah syair yang masyhur  bertajuk  Syair Rakis.

Syair ini  ditulis pada tahun tahun 1840han oleh Pengiran
Shahbandar Pengiran Md Salleh .  Isi
utama syair ini ialah peringatan kepada  Raja dan rakyat tentang bahaya yang sedang
dihadapi iaitu percubaan kuasa asing untuk  mengenepikan kedaulatan raja-raja Melayu.
Syair ini mendedahkan  muslihat kuasa
asing yang sedang menjalankan pelbagai helah dan muslihat untuk melebarkan
kuasa di Nusantara. 
SYAIR RAKIS (enam rangkap permulaan).
Bismillah itu mula karangan
gurindam bayu nama timangan
kisah rencana dagangan buangan
nestapa lara di gunung larangan
Di gunung larangan asmara guna
menyamar jadi papa kelana
segenap desa pantai saujana
membawa nasib tiada berguna
Membawa nasib untung sendiri
meninggalkan rumah anak isteri
masuk segenap desa dan negeri
seperti orang hendak mencari
Seperti burung lepas tangkapan
terbangnya tiada lagi hinggap hinggapan
bunga dan buah tiada dimakan
daripada bagas kemasygulan
Sebut namaku dagang asmara
tiada tentu desa negara
bercerai dengan sanak saudara
membawa nasib untung ketara
namaku Misa Panji Larangan
dari kecil timang-timangan
sudah sekarang buang-buangan
di negeri orang keseorangan.
Syair Rakis
dimulakan dengan enam rangkap di atas yang 
puitis. Pengarang memperkenalkan dirinya dengan nama yang romantis
iaitu  Gurindam Bayu dan  Dagang Asmara dan
menggambarkan keadaan dirinya yang nestapa, menjadi    dagang buangan yang sedang membawa diri di segenap
desa dan pantai yang saujana. Pengarang syair juga menceritakan bahawa pada
suatu ketika dahulu dia pernah hidup di dalam keadaan selesa dan penuh kasih sayang
(dari kecil timang-timangan). 
Penceritaan begini  telah berjaya menimbulkan tandatanya atau
unsur suspen di kalangan pembaca dan  pendengar syair. Pembaca ingin mengetahui  apakah 
yang  telah terjadi sehingga
dirinya kini membawa nasib yang dikatakan tiada berguna. Tentu ada sesuatu yang
telah menimpa dirinya.
Syair ini diperindah dengan penggunaan 
imej alam seperti gunung,  pantai,
dan burung yang sedang terbang.. Terdapat unsur metafora gunung larangan yang membawa maksud suatu tempat yang terpencil dan
penuh kesukaran ; pantai saujana
memberi gambaran  tempat yang sangat
luas  dan perjalanan panjang yang telah
ditempuhi untuk  mencari sesuatu. Penyair
membuat misalan dirinya seperti  burung
yang sedang terbang tetapi tidak hinggap di mana-mana ranting dan tidak singgah
untuk mematuk buah dan bunga. Gambaran ini adalah tepat untuk menimbulkan
suasana cemas seorang yang sedang dalam pelarian atau sedang diburu. Pembaca
tertanya-tanya.adakah dia telah dianiaya dan disingkir daripada tempatnya yang
hak.  Adakah dia sedang diburu oleh musuh
sehingga  takut untuk hinggap di
mana-mana. dan
penuh dengan gambaran tentang nasib pengarangnya yang menganggap dirinya sedang
merana keseorangan. Tentulah ada cerita di sebalik kesengsaraan yang ditanggung
oleh pengarang. Pembaca akan tertanya-tanya apakah yang telah terjadi maka
pengarang tersebut telah menjadi orang terbuang (buang-buangan di negeri orang.
Pertanyaan ini terjawab
apabila  penulis mendapat buku berjudul Syair Rakis yang diterbitkan oleh Pusat
Sejarah Brunei, tahun 1983. Buku ini mengandungi teks syair yang masyhur ini
bersama kajian dan ulasan yang telah dijalankan oleh Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Mohd Jamil Al-Sufri, Pengetua,
Pusat Sejarah Brunei. Selain daripada itu, buku ini memuatkan riwayat hidup
Pengarang Syair Rakis dan segala peristiwa yang telah dilalui yang mencetus
penciptaan syair tersebut. Dari sini terjawablah segala pertanyaan tentang isi
syair yang mengharu perasaan itu.
Syair tersebut
mengandungi cerita yang sangat penting bukan sahaja dalam sejarah Brunei malah
dalam sejarah Nusantara. Pengiran Md Salleh yang juga dipanggil Pengiran Indera
Mahkota adalah keluarga Diraja Brunei yang telah dihantar ke Sarawak sebagai
wakil Sultan di negeri itu. Pada masa itu Sarawak adalah dibawah pemerintahan
Sultan Brunei. Pada tahun 1834, Pengiran Muda Hashim ibnu Sultan  Muhammad Kanzul  Alam telah berangkat ke Sarawak untuk
memerhatikan keadaan. Dari awal lagi terjadi bibit-bibit perselisihan di antara
Pengiran Indera Mahkota dan Pengiran Muda Hashim. Perselisihan faham yang
berpanjangan itu telah dipergunakan oleh 
kuasa asing yang sedang melebarkan kuasa di negeri negeri Melayu pada
masa itu, khasnya James Brooke yang telah 
sampai ke Sarawak pada tahun 1839. 
Akhirnya Brooke berjaya mencapai cita-citanya dan dilantik sebagai menjadi
Gabenur Sarawak,  malah di’mahkota’kan
sebagai Rajah dan memulakan dinasti The White Rajah of Sarawak .
James Brooke dikatakan telah
memerhati  perwatakan Pengiran Indera
Mahkota yang cendekiawan.  Di dalam buku The White Rajah of Sarawak , Brooke
berkata tentang Pengiran Indera Mahkota yang dianggapnya sebagai berbakat dan
seorang penyair yang fasih bercakap.  “He
possessed all the talents. He wrote poetry. He talked well and quickly”.
(m.s.32)
Selepas perlantikan
James Brooke menjadi Raja Sarawak itu, Pengiran Indera Mahkota pun berundur
,  membawa diri, berkelana di pesisir
pantai Sarawak sehingga akhirnya dijemput pulang oleh Pengiran anak  Abdul Momin yang kemudian menaiki takhta
Brunei dengan nama Sultan Abdul Momin.   
Dalam masa berkelana  dan dalam
pelayaran pulang itu Pengiran Indera Mahkota telah mengarang Syair Rakis lalu
dipersembahkan kepada Sultan.  Baginda  menyambut  baik  Syair
Rakis yang mengandungi pemikiran dan saranan yang dianggap bernas di dalam
memajukan negara. 
Antara lain isi
Syair Rakis memberi gambaran tentang apa yang sedang berlaku kepada raja-raja Melayu
di rantau ini akibat percayakan orang asing. Pengarang memohon Sultan agar mengambil iktibar dari apa yang
sedang berlaku di Mataram, Riau, Singapura, Johor, Pahang dan sebagainya:
Tiadakah Tuanku mendengar warta
Sultan Mataram punya berita
Sebab tiada pandai berkata
Dibuang kompeni dari atas takhta
Negeri
Tuanku sangat masyhur
Cina
dan Keling kedai teratur
Bermacam
jenis ada terhambur
Di
sanalah kelak memberi gugur
Kompeni itu sangat kuasa
Laksana dewa dari angkasa
Suku dan riyal amat perkasa
Dihurainya ringgit ribu dan laksa
Tuanku baik fikir sedikit
Supaya tahu nyaman dan sakit
Dengan inggeris sudah berakit
Mereka lagi akan menghimpit
Ayuhai Tuanku Seri Betara
Yam Tuan besar di Singapura
Sebab terkurang budi bisara
Akhir kemudian tiada terkira
Dahulu kala dapat kesenangan
Dengan Inggeris dapat tolongan
Rial dan suku sangat pandangan
Menjadi jatuh dari julangan
Sultan Abdul Momin memberi
gelaran Pengiran Shahbandar kepada Pengarang Syair Rakis dan kehidupannya
kembali cerah. Namun begitu langit tidak  kekal cerah bila terdapat pembesar pembesar
yang digelisahkan oleh syair tersebut. Mereka mula merancang sesuatu yang buruk
.Mengikut buku yang diterbitkan oleh Pusat Sejarah Brunei itu, Pengiran
Shahbandar telah dibunuh dengan cara menenggelamkan perahunya sehingga karam. Maka
terkorbanlah seorang Pengarang syair, meninggalkan hasil karya yang kekal
menjadi kebanggaan bangsa.
Selepas pemergian Pengiran Md Salleh, tradisi
bersyair tetap terpelihara dan hidup subur di Brunei. Pengarang syair yang
dibanggakan seterusnya ialah  Muda Omar
Ali Saifuddien iaitu nama yang digunakan oleh Sultan Haji Omar Ali Saifuddien .
Muda Omar Ali Saifuddien telah mengarang:
Syair Nasihat
Syair Rajang Hari
Syair Rajang Jenaka
Syair Perlembagaan Negeri Brunei
Rampaian Laila Syair
Syair Asli Rajang Hari
Syair Perkakas Pekarangan
Syair Kemerdekaan
Di dalam Syair Rajang Asli misalnya jelas
kelihatan fungsi syair dan puisi tradisional sebagai media untuk menyampaikan
nasihat. Muda Omar Ali Saifuddein menulis untuk menyampaikan nasihat,
pengajaran dan pedoman kepada putera puteri baginda khasnya nasihat kepada
pewaris takhta supaya bijaksana di dalam mentadbir negeri dan mengutamakan
kebajikan rakyat.
Anakandaku tuan Mahkota Hassan
Kepada anakanda ayahnda berpesan
Hendaknya dikenang jasa berkesan
Pada mengingatkannya janganlah bosan
Hassanal Bolkiah anakanda bangsawan
Mohamad Bolkiah anakanda rupawan
Adik beradik jangan berlawan
Baik-baik bersetiawan
Seterusnya baginda memberi nasihat
tentang tatacara pentadbiran negara.Tugas utama seseorang yang memerintah
negari ialah memikul tanggungjawab untuk memperbaiki taraf hidup rakyat.
Hendaknya diturut peraturan negara
Hendaknya dipatuhi undang-undang tertera
Untuk kebajikan susunan cara
Seluruh rakyat terpelihara.
Jasa bantuan, nasihat kebajikan
Jangan hendaknya anaknda lupakan
Sekali jangan anakanda cuaikan
Lambat laun mendatangkan kebaikan.
Syair ini diselitkan juga dengan pantun
yang memperlihatkan sindiran dan pemikiran 
yang tajam dalam bait di bawah
Berdastar berketitir
Berbaju berkesumba
Kalau kurang-kurang berfikir
Siapa jadi hamba.
Syair Rakis  dan syair-syair karangan Muda Omar Ali
Saifuddein terus dikaji dan dibaca misalnya dalam sayembara membaca atau
menambang syair yang menjadi acara tahunan. Antara penganjur ialah  Kementerian Pendidikan,  Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, dan
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Di
Brunei ada lima irama atau tambang yang popular iaitu:
1. Tambang Begawan
2. Tambang Si Mercu Gunung
3. Tambang Berunggai Lanjar
4. Tambang Beranyut
5. Tambang Siti Zubaidah (yang dikatakan berasal dari Malaysia)
Sehingga ke hari ini tradisi bersyair
hidup subur. Banyak syair yang telah dikarang dan dikaji oleh pengkaji-pengkaji
dan pelajar baik di peringkat sarjana dan kedoktoran dan tidak dapat disebut
semuanya dalam rencana ringkas seperti ini. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
aktif menerbit buku syair yang lama dan baru, misalnya Syair Mutiara Dasussalam oleh 
Ibnu Abdir-Raheem dan  Padah Derhaka Tak Mengaku Ibu Manis Menjadi Batu oleh Hajah Shaharah Datuk Paduka Haji
Abdul Wahab.
Di samping itu terdapat nama-nama yang
menyuburkan puisi tradisi ini melalui media siber khasnya blog dan facebook
seperti Haji Nadi yang sering menulis tentang peristiwa semasa negara Brunei.
Untuk sambutan hari kebangsaan yang baru lalu, Haji Nadi menulis :
peserta berdiri penuh segak
/pegang bendera berdiri tegak/
luahkan fikiran jangan teragak/
Melayu Islam Beraja sebagai tunggak.
Buku Syair Rakis

4 Comments

  1. Maaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya…
    Syukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi…Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon…
    Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda…salam saudara-saudari TKI semua…

    • kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka ((( 2371 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,DI NO Cll (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti Saya menang togel 579
      juta, wassalam.

      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..

      Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: Cll (((082-313-336-747)))

      KLIK DISINI >*>*>* BOCORAN TOGEL SINGAPURA HARI INI *<*<*<

      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

      angka GHOIB; malaysia

      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

      angka GHOIB; laos

    • Assalamualaikum wr.wb, Saya dari Ibu Sri Wahyuni di subang seorang pembatu rumah tangga di Arab Saudi ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KASURI atas bantuanya kini impian saya selama ini sudah jadi yata dan berkat bantuan MBAH KASURI yang telah memberikan angka gaib hasil ritual kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah angka yang diberikan mbah bener-bener tembus. sekali lagi makasih MBAH buat angka ritualnya sehingga saya bisa menang. Berkat angka gaib hasil meditasi ritual MBAH KASURI saya sudah bisa bangkit dari keterpurukan juga udah buka usaha yang dijalankan suamiku di kampung dan kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya, bagi anda yang ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KASURI di nomer ini: 0853 4646 0388 atau silahkan kunjungi dan klik ANGKA TOGEL JITU HARI INI ramalan MBAH KASURI memang memiliki ramalan GAIB” yang insy allah dijamin tembus 100%.

  2. saya Sukiman seorang TKI DI MALAYSIA
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
    gaji istri saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
    kebetulan istri saya buka-buka internet Dan mendapatkan
    nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
    angka yang di berikan waktu itu 4D 
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
    MBAH KASSENG
    NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.