Pantun Tetap Pantun

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan.

Pantun di atas digunakan dalam lagu yang terkenal. Dan ia tetap pantun walaupun tidak dinyanyikan. Cuba lihat rangkap di bawah:

Andainya kami lah kembali
menyahut panggilan Ilahi
laguku biarlah ganti
di jiwamu hidup abadi
4 baris di atas berima aaaa , tetapi ia bukan syair kerana tidak didendangkan dengan lagu syair. Kesimpulannya bukan semua yang ditulis empat baris serangkap berima aaaa boleh diterima sebagai syair. yang dikatakan syair itu termasuklah lagunya
#pantun
#syair

Bagaimana mendendangkan syair? Mari belajar dari juara dendangan Syair, Shafa’atussara Silahudin 3.4.2021, jam 8.30 malam, melalui zoom. Hubungi cikgu Syikin 0168332757

Leave a Reply