LAGU RAKYAT GEYLANG SI PAKU GEYLANG

LAGU RAKYAT GEYLANG SI PAKU GEYLANG
Lagu-lagu rakyat menggunakan pantun sebagai senikata. Ini
termasuklah lagu Burung Kenek-kenek, Geylang si Paku Geylang, Chan Maklichan, Lompat si katak lompat,  dan banyak lagi.
Lagu Rakyat memeriahkan sesuatu pertemuan bila dinyanyikan beramai-ramai.
Apabila pertemuan telah sampai ke penghujungnya dan peserta-peserta akan pulang
ke tempat masing-masing, mereka merasa sedih . Lagu yang akan dinyanyikan pada
ketika ini ialah Geylang si paku geylang..
Pantun-pantun yang digunakan berunsur kesedihan kerana akan
berpisah. Peserta-peserta juga memohon maaf andainya telah melakukan kesilapan,
berharap dirinya tidak dilupakan dan mengharap akan berjumpa lagi di lain kali
seandainya ada umur panjang. 


GEYLANG SI PAKU GEYLANG
Geylang si paku geylang
Geylang si rama-rama
Mari pulang kita lah pulang
Kitalah pulang bersama-sama.
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput si dari padi
Hari mana bulan yang mana
Dapatlah kita berjumpa lagi
Hendak dulang diberi dulang
Dulang ada pahanya tidak
Hendak pulang marilah pulang
Pulang sahaja berhantar tidak.
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi.
Laju laju perahu laju
Laju sampai ke Surabaya
Biar lupa kain dan baju

Janganlah lupa kepada saya.  

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.