Nazam Berisi Pengajaran Agama

Nazam Berisi Pengajaran Agama

Ikuti PUISI NUSANTARA, RTM. setiap Jumaat 2.30ptg untuk mengenali pelbagai lagu dan puisi tradisi Melayu. Saya sendiri terlibat dalam episod NAZAM.

Nazam adalah puisi Melayu tradisional yang berisi pengajaran agama. Misalnya NAZAM SIFAT 20.
Sifat wajib bagi Allah 20
Jangan kurang jangan lalai bersungguh
Wujud itu erti ada Tuhan kita
Yang mustahil sudah nyata pada kita.
Qidam itu yang kedua sifatnya
Sedia Tuhan tiada mula maknanya

Nazam dinyanyikan beramai-ramai di sekolah agama, dan di surau2 misalnya waktu menunggu solat Isyak.Dinyanyikan oleh ibu2 ketika mendodoi anak. Lagu disesuaikan dengan tempat . Kalau di surau tidak menggunakan rebana spt nyanyian pada acara2 keramaian.

Secara saikologi sesuatu yang didengar pada awal hidup kita akan kita ingat, tersimpan di dalam memori dan mempengaruhi pemikiran dan perasaan.
Oleh itu Kesan nazam kepada orang Melayu sangat besar. Boleh dikatakan ia telah membentengi akidah peribumi apabila mubaliq Kristian menjalankan pelbagai usaha untuk mengkristian penduduk tempatan. Memang banyak sekali usaha mereka. Dalam Hikayat Abdullah diceritakan bagaimana gigihnya mereka menterjemah kitab2 injil ke Bahasa Melayu dan mengedar secara percuma. Begitu banyak buku2 cerita kanak-kanak yang diterbitkan dan semua ini cerita di sekitar Nabi Isa dari sudut pandangan agama Kristian. Alhamdulillah mereka tidak Berjaya sebagaimana mereka berjaya mengkristiankanperibumi Filipina.

Falsafah dlm teks nazam
Teks nazam mengandungi pengajaran Islam yang memperlihatkan kebesaran Allah untuk mengajar manusia bahawa jalan untuk selamat dan mencapai kebahagiaan ialah dengan mentaati Allah dan Rasul..

Kenapa Nazam perlu dilestarikan?
Nazam perlu dilestarikan kerana ia telah terbukti dapat menjadi pedoman dan pengajaran. Malah menjadi tali yang mengikat kita dalam satu agama. Dalam kehidupan dunia yang serba mencabar dan kacau bilau ini kita perlu kembali kepada cara didikan seperti mana peranan yang dijalankan oleh nazam dalam memelihara akidah. Peranan lagu sangat penting dalam mengajar dan membentuk pemikiran dan perasaan manusia.

Kalau ditanya saya, saya rasa nazam dengan lagunya yang rancak itu mudah menawan anak-anak muda. Lihat bagaimana kumpulan Raihan telah popular dengan lagu nasyid. Dan sebahagian daripada lagu2 ini berasaskan berzanji dan nazam.
P Ramlee juga mengambil lagu nazam dalam lagu TOLONG KAMI BANTU KAMI ANAK2 YATIM PIATU.
Adakah masih relevan dan masa depan puisi islamik.

Ya sangat relevan kerana seperti yang saya sebut tadi, kehidupan kita semakin dilanda oleh pelbagai pancaroba. Bahkan lagu2 dari puisi tradisional ternyata sangat besar impaknya.

#zurinahhassan
#sasterawannegara

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.