HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN KE 29.

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN KE 29.

http://www.astroawani.com/videos/show/analisis-awani/hadiah-sastera-kumpulan-utusan-39399

beerlangsung di hotel Renaissance Kuala Lumpur, 5.9.2014. Saya mendapat hadiah penghargaan untuk sajak “Orang Muda Dengan Laut”.

 ORANG MUDA DENGAN LAUT
Setiap
kali dia berdiri di pantai
orang
muda itu berkata:
sebenarnya
aku takut padamu laut
kerana
kau begitu perkasa
dan
aku akan binasa
kau
sudah di sini berkurun-kurun
sedangkan
aku
tidak
mungkin hidup seribu tahun
orang
muda itu terus takut
memandang
laut
orang
muda itu terus takut
mengenang
maut.
  
Sehingga
suatu hari
dia
mendengar jawapan:
namaku
lautan
 namamu
insan
kita
adalah ciptaan pada lain ketentuan
kau
yang sebenarnya lupa
wujudmu
sejak azali
dari
alam ruh turun ke alam jasadi
bila
sampai waktunya
berpindah
ke alam abadi
sedang
langit dan bumi
dan
lautan yang kau katakan gagah
 akan
musnah
Kau
yang lupa
 wujud
kita di sini
Jagat
dan jasad
Adalah
isyarat
dan
ayat-ayat Ilahi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.