aku dan kamu…
melihat dunia yang nyata
dunia yang pasti
mula dan hujungnya
adakah kau mengerti
aku punya perbezaan
dalam mengerti dunia sendiri
dalam erti yang berseni
inilah rasa yang diukir
dari insan bergelar anak seni
aku mahu kamu bersamaku
bersama dalam dunia mimpi ku
melihat indahnya
cinta yang ku cipta
dengan hati dalam seni