. “Berani kamu samakan beta dengan bapak kamu?”
“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Pada mulanya memang patik tidak berani menyuarakan apa yang patik rasakan. Tapi patik dan seluruh rakyat Tuanku telah mendengar penghebahan bahawa Tuanku mahu menjadi raja yang sentiasa membuka telinga untuk mendengar rintihan dan suara rakyat. Tuanku ada bertitah bahawa Tuanku inginkan pemerintahan Tuanku dikenali sebagai kerajaan baharu yang menjamin kebebasan bersuara seperti yang tidak dikecapi oleh rakyat dalam pemerintahan sebelum ini”.- DEWAN SASTERA OGOS 2019.