Falsafah Creative Evolution dan Konflik Watak

Falsafah Creative Evolution dan Konflik Watak

Watak bermaksud pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita. Watak perlu berdepan satu masalah atau cabaran yang disebut sebagai konflik. Peranan konflik adalah penting dalam perkembangan cerita bagi sesebuah filem. Konflik boleh berlaku dalam diri watak dan secara luaran. Hal ini boleh berlaku antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan hal sekelilingnya seperti alam sekitar. Selain dari menggerakkan cerita, penggunaan konflik adalah penting dalam membentuk sesuatu watak.

Henri Bergson merupakan seorang ahli falsafah yang berasal dari Perancis, yang telah mengeluarkan buku bertajuk Creative Evolution pada tahun 1907. Beliau meletakkan pemahaman kita tentang diri kita sendiri dan alam dalam suatu konteks evolusi. Di dalam buku beliau, diterangkan tiga elemen utama dalam evolusi atau perkembangan manusia.

1. Vital Impulse / Elan Vital
Semua makhluk yang hidup mesti memiliki sesuatu vital impulse atau disebut sebagai Elan Vital. Term aini dikenali sebagai life force atau sumber kekuatan, adalah satu tenaga yang ada dalam setiap hidupan, dan hanya akan dikeluarkan jika didorong oleh sesuatu

2. Duration
Setiap evolusi mesti dipengaruhi oleh sesuatu perkara atau situasi yang menggerakkan hidupan untuk bertindak, dalam tempoh tertentu, yang disebut sebagai Duration.

3. Intuition
Evolusi terjadi melalui perasaan atau pemikiran yang mempengaruhi sesuatu hidupan itu untuk bertindak.

Konflik watak boleh dikaitkan dengan teori Creative Evolution yang berkaitan dengan reaksi atau Tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang didiorong oleh perkara untuk berevolusi atau berubah. Melalui konflik, sesuatu watak itu dilihat akan berevolusi dalam menyelesaikan konflik tersebut. Henri Bergson menyatakan bahawa setiap apa yang berlaku dalam kehidupan adalah berupaya untuk mempengaruhi proses evolusi. Evolusi dilihat sebagai satu cara bagi hidupan untuk meneruskan atau berjuang untuk hidup.

Melalui hubung kait ini, adalah penting untuk kita melihat kepentingan teori falsafah dalam filem serta kebaikkannya dalam menghasilkan sebuah filem yang baik dari sudut konsep pembinaan konflik watak. Tidak terhad kepada filem, setiap karya yang melibatkan penggunaan watak perlulah menjadikan teori seperti Creative Evolution sebagai rujukan untuk mengembangkan lagi penceritaan dan menguatkan sesuatu watak.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.