SEJAUH MANA PENULIS BOLEH DIBELA?
Semalam dalam program Baca Puisi Panorama Kehidupan, Presiden Pemuisi, Dato’ Radzuan Ibrahim bercakap tentang jenayah plagiat dan huraian bagaimana penulis dilindungi. Saya diberi sedikit masa untuk respond. Oleh kerana tak sempat habis (mederator sudah kata baiklah terima kasih) , maka saya sambung di sini.
Saya berpendapat bahawa undang-undang atas kertas memang cantik tetapi penulis sukar dilindungi. Contohnya ada seorang penulis novel yang menonton drama tv dan mendapati cerita dan sebagainya sama benar dengan novel dia. Penulis ini cuba menghubungi Penerbit drama tersebut. Tak taulah apa yang dibualkan . Dipendekkan cerita penerbit akhirnya berkata “Awak nak saman samanlah”. Maka penulis ini dengan beraninya membawa kes tersebut ke mahkamah. Malangnya dia kalah kerana dengan mudah penerbit berkata dia tidak pun membaca novel tersebut. Kalau ada persamaan itu hanya kebetulan.
Tak habis setakat itu, penerbit filem ini membuat saman fitnah ke atas Penulis dan Penerbit filem itu menang. Penulis yang berusia hampir 70 tahun itu diarah membayar 100 ribu. Siapa yang untung? Tulis buku bertahun-tahun, royalti dan jualan buku pun tak boleh cover jumlah itu. Penerbit yang selalu kita tengok gambar banglo mewahnya terpampang dalam majalah hiburan, dapat duit extra. SAYA TAK BERANI SEBUT NAMA, KOT SAYA DISAMAN. Berikutan itu saya menulis sajak
Aku tidak suka mahkamah
mahkamah tidak membela orang tidak bersalah
tetapi memenangkan peguam yang petah.
(Cerita Dalam Cerita,ITBM)
Wallahuaklam
#sasterawannegara