DATANG PASANG PANTAI BERTUKAR

seaside
Photo by Fabian Wiktor on Pexels.com


Sekarang ini orang rancak bercakap tentang hal-hal berbangkit berikutan PRU 12. Saya pun sangat berminat . Antara isu panas sehari dua ini ialah kisah pembubaran Balkis. Saya ini tidaklah begitu arif tentang perlambagaan Balkis dan hal-hal berkaitan undang-undang. Tapi yang saya hendak tahu ialah apakah niat, maksud atau tujuan Pengerusi dan ajk Balkis membubarkan persatuan itu?Apakah perlunya persatuan itu dibubar? Kalau semua orang jujur mahu berkhidmat kepada masyarakat, bukankah elok kerja-kerja amal itu diteruskan walaupun Pengerusi dan ajk terpaksa diganti.

Tahniah kepada yang menang, tidak kira dari parti manapun. Saya ucapkan selamat berkhidmat. Di sini ada sebuah puisi untuk tuan-tuan yang berhormat.

PERIBAHASA UNTUK Y.B.Tuan Yang BerhormatTuah ayam nampak di kakituah YB di peti undiadat kerbau dipegang taliadat YB dipegang janjiadat orang mencari gantilapuk ditukar kosong diisi. Tujuh tahun gunung terbakarbaru sekarang nampak apinyadatang pasang pantai bertukarpecah royong dapat sagunya Tuan Yang BerhormatJernih di hulu jernih di hilirbaik di awal sampai ke akhirjangan berjanji tetapi mungkirbagai tebu tumbuh di bibir.

Kilat memancar guruh berbunyijangan pula hujan tak jadiluas kebun berpagar durijangan pagar memakan padi Cakap siang pandang-pandangkerana lidah tidak bertulangtanamlah padi jagalah bendangjangan sampai suburnya lalang
Naik YB naik disanjungjangan kaduk yang naik junjunghina besi kerana karathina pemimpin menipu rakyat

2 Comments

  1. Wahai Bonda. Macam mana pula dengan YB yang tak pernah nampak batang hidup sepanjang 4-5 tahun berkhidmat, tapi tetiba bila musim mengundi baru tersengih-sengih tunjuk lubang hidung? Patutkah kita junjung? Patutkah kita sanjung? Patutkah kita sokong? (Inilah masalah yang dialami oleh bapa saya di Kelantan).

  2. Maha Suci Tuhan yang mencipta perkataan
    Sungguh bahasa bonda mengkhayalkan

    Saya baru terjumpa blog ni! Izinkanlah saya pautkan ke blog saya.

    Izinkan juga saya siarkan puisi indah yang sarat maksud bonda ni.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.