Cerita Tentang Anugerah Sastera Negara 13

Waktu ini banyak cerita tentang ASN 14. Saya mohon bercerita tentang ASN 13 pula. Semoga ada yang berminat membacanya.
Pada 13 Oktober 2015, sidang akhbar pengumuman SN 13 diadakan di Putrajaya. Saya berdebar-debar sejak pagi kerana seorang drpd Panel telah membocorkan rahsia bahawa saya dan Fatimah Busu adalah calon final. Tak tahan dengan debaran saya menelefon kawan saya, Letfee Ahmad, Bernama (harap letfee masih ingat) Saya minta tolong wartawan Bernama untuk sampaikan berita bila sudah diumumkan. Sejam kemudian Letfee telefon mengucapkan tahniah. Saya gembira tak terkata. Saya tak tulis apa2 di fb kerana itu bukan tujuan. Saya nak kepastian untuk meredakan debaran.
Tak kiralah berita positif atau negatif. Kegembiraan terhenti bila letfee telefon semula, Kata beliau mohon maaf, sidang akhbar belum bermula. Wartawan guna maklumat dalam press kit yang disediakan. Ucapan tahniah muncul di fb (entah macam mana mereka tahu). Letfee bimbang kerana menghebah perkara yang masih Embargo adalah melanggar undang2 kewartawanan. Saya kembali resah. Menteri dan panel dikatakan masih dalam mesyuarat akhir. Bagaimana kalau dalam mesyuarat akhir itu mereka tukar keputusan? Lalu saya keluarkan status minta dihentikan ucapan tahniah. Syukurlah tidak jadi begitu.
Adakah saya langsung tidak tahu saya akan jadi Penerima Anugerah? Sebulan sebelum itu ada utusan Dewan , Sylee Riza Arif datang ke pejabat minta buku2 dsbnya. Saya tak menganggap kedatangan Sylee itu sebagai pertunjuk saya telah dipilih, Bahkan saya merasa pelik sudah dua tahun proses penghakiman berlalu, tak kan tak ada buku. Dan kata Sylee, lepas tu dia akan pergi ambil buku-buku pesaing saya pula.
Pada masa itu saya di Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya. Saya tahu Prof Mokhtaf Hassan dan Prof Hashim Awang adalah panel kerana bila pergi mesyuarat ASN mereka tulis nama dan sebab keluar pejabat, di papan putih. Seingat saya cuma sekali Prof Mokhtar berkata “pesaingan sengit sekarang ini” Tak disebut siapa pesaing. Prof Hashim tak sebut sepatah pun walau setiap hari jumpa di kantin.
Majlis Anugerah diadakan 6 bulan kemudian. Jadi pada masa itu tak perlu nak berfikir tentang persiapan dan pakaian.