Sastera Indie

penerbitan indie

SASTERA INDIE

SEJAK SUHAIMI HAJI MUHAMMAD Dalam Dialog Puncak Sabtu lalu Ridzuan Harun dan Muhammad Lutfi Ishak membicarakan sastera indie Di sini saya ingin menyingkap pengalaman sendiri berkaitan sastera atau penerbitan indie. Bagi saya indie bererti independent, iaitu menerbit sendiri tanpa mengharap mana2 pihak atau syarikat.

Pada tahun 1976 saya dengan nekad menerbitkan DI SINI TIADA PERHENTIAN dengan kos penerbitan 700rm untuk seribu buku. (kos zaman dulu). 1000 naskah itu kebanyakan saya jual sendiri, bagi kawan tolong jual dan hantar ke kedai2. Pendek kata penghujungnya saya dapat dalam 300rm. Dalam bahasa perniagaan saya telah kerugian rm400. Tetapi dalam bahasa orang yang mahu jadi penyair, rm400 bukan kerugian tapi kos yang sanggup dikeluarkan untuk perkara yang disukai. Ini samalah dengan orang pergi memancing, atau membeli gelang emas. Saya sanggup menerbit sendiri secara indie kerana tak yakin diterima oleh DBP. Kalau di terima pun mungkin memakan masa bertahun-tahun. Saya tak sabar.

Sebelum saya, ada seorang yang gigih menerbitkan kumpulan puisinya sendiri iaitu Suhaimi Haji Muhammad. Pada masa itu tidak ada penerbit yang sanggup kecuali DBP dan Suhaimi belum dapat menembusi DBP. Kebanyakan kumpulan Suhaimi tidak dicetak tapi distensil sahaja. Mungkin ramai generasi sekarang tidak tahu apa itu stensil.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.