Bila Deklamasi Sajak

Bila Deklamasi Sajak

1) Bila mendeklamasi sajak di pentas, deklamator mesti menyebut nama penyair. Misalnya Kuali Hitam oleh Zurinah Hassan. Sebut nama sahaja tidak payah gelaran SN, Datuk, Doktor segala macam.

2) Untuk tujuan majlis atau surat rasmi peraturannya sebut: gelaran, diikuti dengan nama diikuti dengan jawatan . Misalnya SN Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah, Presiden Numera.Bagi pihak saya (Maaf kena cakap sebab ada jugak yang tanya, cara yg betul menyebutnya), gelaran yang saya terima ialah Sasterawan Negara (SN) bukan SN ke 13 atau SN Wanita Pertama. Jadi SN Dato, Dr diikuti dgn nama. Habis. Sebab saya tak ada sebarang jawatan.Tak perlu beriya-iya sebut ke 13 kalau yang lain tak pun disebut ke 9, ke 10, ke 11, ke 12. . Itu kalau untuk acara rasmi, tak rasmi tak apa2, asalkan hormat orang tua.Jangan marah nooo

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.