Berbeza sungguh suasana pengumuman SN14 dengan SN 13. SZI mengikuti pengumuman siaran live Menteri Pendidikan. Tapi saya hanya mengetahui melalui tahniah2 di fb. Malam itu tunggu depan TV tak ada sebarang berita. Kawan2 yang jadi panel sorang pun tak bocorkan rahsia. Ada gosip2 yang kata saya dalam senarai akhir. Tapi barulah lega bila Menteri umum, DBP pun tidak menulis surat hingga sebulan dua kemudian baru diterima surat. pemberitahuan dan tahniah.
Siapakah pesaing saya di peringkat akhir? Ada nama disebut tetapi tidak dapat disahkan. Hanya dengar-dengar saja. SZI memang baik, dia mengucap tahniah melahirkan rasa gembira kerana saya telah memecahkan monopoli lelaki. Menjelang majlis penganugerahan SZI mengirim kad istimewa dan mohon maaf tidak dapat hadir kerana berada di Sabah. TAHNIAH SAHABATKU, kalau ada apa2 yang tidak kena mengenai pemilihan, itu bukan salahmu. In sha Allah kita akan bekerjasama.