Salasilah Telok Panglima Garang

Salasilah Telok Panglima Garang

SAYA DAN TELOK PANGLIMA GARANG.
CATATAN PERCAKAPAN di mesyuarat agung KEMUDI di Telok Panglima Garang (14.7.2018)

Beberapa abad yang lalu seorang lelaki dari Aceh ( berdarah Bugis) telah merantau (mungkin juga dua bersaudara) sampai ke TPG. Dia berkahwin dengan perempuan tempatan bernama Hawa dan mendapat 5 orang anak. Anak yang sulung bernama Abdul Hamid.

Abdul Hamid berkahwin dengan Wan Fatimah dan lahirlah Cik Tom bt. Abdul Hamid. Namun perkahwinan itu tidak kekal. Abdul Hamid berkahwin pula dengan Kalsom mendapat 3 orang anak perempuan. bernama Aminah, Zawiyah, Badariah. Zawiyah atau Huyah berkahwin dengan Cikgu Radzi, seorang guru yang sangat terkenal di TPG.

Antara anak beliau ialah Hj. Burhanudin Helmi, orang Melayu pertama yang berjaya dalam bidang animasi yang tersohor di seluruh dunia, UPIN IPIN. Naak sebut juga Dr.Shaiful Bahari UKM..

Abdul Hamid (tukang rumah dan Pawang) sangat terkemuka dan terkenal sebagai Tok Ulong Hamid. Tadi,Catatan Saya ada menyebut perkahwinan pertama Abdul Hamid ialah dengan Wan Fatimah mendapat anak bernama, Cik Tom binti Abdul Hamid. Dipendekkan cerita Cik Tom telah merantau ke Kedah (atas desakan hidup) dan bertemu jodoh dengan Hassan bin Haji Abdul Rahman. Dari perkahwinan itu lahirlah Zurinah bt Hassan yang kemudiannya menjadi SN yang berada di hadapan tuan2 di sini.
Mungkin anda ada kaitan atau mengenali nenek moyang saya dan orang-orang yang saya sebut. Dipersilakan menambah fakta/cerita supaya kita dapat menyambung ukhwah.

.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.