HATIMU AISYAH- APA KATA ANA BALQIS

By in
No comments
PETIKAN DARI STATUS ANA BALQIS
HATIMU AISYAH –
suatu hari lebih sepuluh tahun lalu teman saya (seorang pelukis profesional)
meminta saya membelikan novel ini untuknya. Katanya sebagai rujukanperilaku.
Saya ke DBP dan hanya ada tiga naskah di rak. Sebelum menghantar kepada teman
itu, saya terlebih dahulu membacanya. Dan, saya terpikat.
Novel ini buah
tangan sasterawan terkenal Malaysia Dr Zurinah
Hassan
 Membaca novel ini seolah-olah saya sedang menonton
visual. Membacanya novel ini seolah-olah saya sedang menatap kembali
kisah-kisah nenek. Gaya pakaian nenek, cara nenek berkawan, berhubung dengan
orang-orang di sekelilingnya malah kehidupan nenek di awal remaja hingga ke
alam perkahwinannya juga dapat saya baca dengan rinci. Murninya kehidupan dan
alaminya kehidupan nenek yang dimulai dengan dunia pingitannya, kemudian
dipinang, seterusnya bertunang, berkahwin hinggalah mengandung, bersalin,
berpantang dan membesarkan anak-anak.
Bahasa yang
digunakan oleh Zurinah amat memikat barangkali kerana keterikatan beliau dengan
dunia puisi. Lalu tidak hairanlah jika novel ini sangat selesa dibaca.
Ceritanya mengalir lembut ke sukma justeru itu saya tidak berasa ingin
mengetahui kesudahan cerita sebaliknya dilalaikan untuk meneliti persekitaran
yang dilukiskan beliau. Malah berharap cerita ini tidak segera selesai. Aneh,
kan?
Begitulah
keistimewaan ‘novel remaja’ kecil ini. Novel terbitan DBP ini pada saya sangat
bermanfaat untuk remaja hari ini memahami budaya dan tata hidup masyarakat
Melayu dulu-dulu. Andainya mahu dipromosi, saya fikir novel ini sangat sesuai
untuk diberi perhatian. Dan, setelah satu koleksi peribadi saya dipinjam oleh
seseorang (yang saya lupa), saya kembali ke DBP untuk mencari ganti. Namun
hampa. Beberapa orang kawan yang terlibat dengan kerja seni juga ada bertanya
tentang novel ini kepada saya, dan berkali-kali lagi saya ke kedai buku DBP
tetapi juga hampa – jawapan mereka novel itu sudah tiada.
Tumpang tanya
kepada rakan-rakan FB di DBP, bagaimana cara untuk mendapat novel ini? Dato Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa, Puan Siti
Aisah Murad
, Dr Hanafi
Ibrahim
Mohd Jusoh MajidChe Hanie,
lain-lain?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.