Perkahwinan Seorang Perempuan

Perkahwinan Seorang Perempuan

Perkahwinan yang kau rasakan indah itu, boleh juga menjadi ‘pembunuh’ yang paling kejam untuk seorang perempuan, dik.

Kerana kadang aku melihat,

Terbunuhnya potensi dan cita-cita perempuan itu kerana kokongan mahupun kerana tiada sokongan.

Terbunuhnya minat dan kesukaan membaca kerana desakan dan kepadatan masa mengurus hidup rumahtangga.

Terbunuhnya ruang dan peluang untuk terus keluar menuntut ilmu dan berkelana bermusafir kerana deretan anak-anak yang membataskan pergerakan.

Kadang, terjadi jarak antara keluarga sendiri, terputus persahabatan kerana perkahwinan.

Tepat sekali lah apa yang diungkap Zurinah Hassan di bawah ini.

Tetapi, kita kan pejuang?

Haruslah terus berjuang menegakkan keperibadian walau di alam perkahwinan.

#catatankeperempuanan
#surimembaca

kredit : Nurul Shuhadah Shuib

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.