Panduan Menulis Tentang Seseorang Tokoh

Panduan Menulis Tentang Seseorang Tokoh

Khas untuk yang nak menulis tentang seseorang tokoh,pastikan segala maklumat diri, pencapaian dan gambar keluarganya adalah yang terkini. Jangan main ambil saja. Mungkin ada ahli keluarga dalam gambar lama tu belum bertudung,sekarang dah bertudung. Mungkin ada yang dah bercerai. Atau gambar dengan orang yang dulunya berkawan,sekarang sudah bermusuh. Tukar parti ka,tukar nama pi eja terbalik ka,manalah tahu.

Ataupun orang tu dah lama dibuang kerja dari satu tempat,kita tulis dia masih kerja di situ. Rasanya tak salah kalau minta baik-baik maklumat berkaitan dan gambar terkini dengan yang empunya diri. Ni cakap pasai keluarga kami dah terkena. Sok habaq besaq pulak tu. Nama salah eja toksah cakaplah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.