Sebelum PRU 14 si Karim mendapat rezeki dengan menjual CD ceramah politik.Tetapi sekarang tidak seperti dulu lagi.
SUARA YANG HILANG
Sebelum ini si Karim sibuk ke sana sini
Menjual CD mencari rezeki .
Rezekinya murah larisnya CD ceramah
Tokoh tokoh pembangkang yang bersuara lantang.
Berduyun pembeli yang seronok mendengar
suara penceramah yang bergegar
mengkritik pemimpin parti pemerintah
membongkar dan menyelongkar
Dalam kain tepi seluar
Caci maki adalah hiburan terkini
Namun Karim tidak peduli
Dia hanya mencari sesuap nasi
Untuk anak isteri
Di antaranya
Ada seorang yang pandai berseloka
Seni retorika bersulam jenaka
Pendengar menjadi leka
Dialah punca rezeki
Yang Karim sayangi
(ii)
Kini selepas PRU
pasaran CD lesu
Karim menjadi muram
Tokoh kesayangan sudah lama berdiam
Karim bertanya ke mana menghilang
Segala kritikan lantang
Maka dijawab oleh seseorang
Tokoh yang dulu sering mencaci
Kini sudah menjadi Menteri.