Naskhah Nuraga Kumpulan Puisi

Naskhah Nuraga Kumpulan Puisi

1 April 2021 (Khamis).

Hari ini Pusat Sumber Ipgkda kongsikan sebuah buku genre sastera (kumpulan sajak) karya anakanda Sasterawan Negara Wanita SN Dato’ Dr. Zurinah Hassan. Ya, sesekali cuba mencari makna sebalik makna dan kuasa kata-kata yang tumbuh di kertas.

Tajuk Buku : Naskhah Nuraga : Kumpulan Puisi
Pengarang : Raihani Mohd. Saaid
Tahun Diterbitkan : 2017
Diterbitkan Oleh : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad

Ulasan Buku :

“Dengan beza sudut pandang, kerusinya dirasa bergoncang, ditutup segala ruang perbincangan, dikunci segala pintu perbincangan. Tak pernah dibacanya bahasa rintih, takkan ditafsirnya aksara pedih, segala salah harus dipindah, ke bahu si lemah.” – ‘ Dia Yang Tidak Menyelesaikan Masalah ’, hal. 33.

Raihani Mohd. Saaid, pemenang beberapa siri hadiah sastera berprestij kembali lagi dengan tenaga fikir kritis dan kreatif yang menyengat, menggigit dan ‘menampar’ sukma menerusi kumpulan puisi ketiga terbitan ITBM, “Naskhah Nuraga”.

Seperti dua naskhah jiwanya terdahulu, kumpulan puisi ini juga turut tidak terlepas daripada menyelitkan nama-nama terkenal menerusi watak filem, sejarah dan tragedi – Nadim, Hamlet, Macbeth, Brutus, Antonius, mahupun Azizah, Teratai, Afidah, serta beberapa lagi.

Mengisi 51 buah puisi, penulis ini jujur menggunakan mata jiwanya dalam berontak kuasa kata-kata melingkari sekeliling ketika menyatakan kebenaran tersembunyi, ketika membangkitkan wacana pemikiran yang terlelap seketika.

Naskhah setebal 81 halaman ini dikelilingi tema membentuk siasah. Pembaca disarankan membaca dan menghurai makna puisi-puisi menarik seperti, “Pidato Ini, Brutus”, “Perempuan Yang Mencintai Purnama”, “Sebuah Piano Di Anggerik Villa”, “Malam Terakhir Nadim”, “Penaka Debu Maya”, “Negeri Itu, Antonius”, “Dia Yang Tidak Menyelesaikan Masalah”, “Pencinta (Buku)”, “Ad Hominem” dan “Lacrimae Rerum”.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.