Kata En Mohd Khair, penulis patut tolong jual dan promote buku masing2 dgn apa cara yg boleh. Jadi saya nak promote dgn membuat copy paste tulisan Mohd Helmi Ahmad di statusnya.
“Sebelum ini saya fikir, Fatimah Busu antara satu-satunya penulis wanita yang sangat kritis dalam menyuarakan kebobrokan sistem politik dan sosial di negara ini. Tetapi, selepas membaca Murka Lautan, saya kira SN Dato Dr. Zurinah Hassan mempamerkan karektor Srikandi yang sangat hebat menentang sistem politik dan sosial yang pincang.
Oleh sebab itu, kalian harus membaca buku terbaru beliau ini. Tersentuh hati saya apabila membaca cerpen “Kecurian di Kedai Ayah”.