Lagi Catatan SDPK

Lagi Catatan SDPK

LAGI CATATAN SDPK.

Semasa saya masih aktif sebagai AJK . Sayembara ini pernah dihangatkan oleh isu peserta melompat dari satu negeri ke negeri lain . Maksudnya seorang peserta bertukar negeri atau bertanding di beberapa negeri dalam setahun. Hal ini agak riuh diperkatakan sehingga Jawatankuasa sayembara digesa untuk memikirkan cara mengatasinya.Penganjur juga digesa untuk menetapkan peraturan siapakah yang layak bertanding di sesebuah negeri.

Bagi saya itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Mana-mana peserta boleh ke mana-mana negeri selagi dia mahu dan mampu. Bila gagal di sebuah negeri dia boleh sahaja ke mana-mana negeri yang belum mengadakan pertandingan, kecuali kalau sudah dapat tempat kedua atau ketiga kerana dia mesti standby kalau-kalau Johannya berhalangan untuk ke peringkat kebangsaan.

Jadi bagaimana? Mestikah ditetapkan siapa yang layak bertanding di sesebuah negeri? Adakah dia mesti lahir di negeri tersebut? Ibunya atau ayahnya lahir di negeri berkenaan? Dia sudah bermustautin beberapa lama di sana? Kalau ini syarat2nya bagaimana pula dikuatkuasakan? Perlukah dia membawa dan menunjukkan sijil kelahirannya, atau sijil kelahiran ayah atau sijil kelahiran ibunya? Akhirnya hal ini dibiarkan begitu sahaja.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.