Kisah Tuan Puteri Hampir Lemas

Kisah Tuan Puteri Hampir Lemas

Pada zaman dahulu ada sebuah negeri diperintah oleh Maharaja berdaulat. Keluarga Diraja dianggap mulia dan tidak boleh disentuh oleh rakyat biasa.

Pada suatu hari Tuan Puteri telah terjatuh ke dalam sungai dan hampir lemas. Mujurlah ada seorang saudagar yang lalu di situ. Dia terjun ke dalam sungai menyelamatkan Puteri itu. Maka Puteri itu pun selamatlah.

Tidak berapa lama kemudian riuhlah di dalam negeri itu bahawa raja sangat murka dan menuntut saudagar itu memohon maaf kerana sebagai rakyat biasa dia tidak boleh menyentuh Tuan Puteri. Demikianlah adanya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.