Siapa Mahu Berdiri ?

siapa mahu berdiri

Biar kita berkejar kejar
Berebut rebut mencari
Biar kita berlanggar langgar
Asal tidak mahu berdiri

Semuanya tahu penat
Semua ingin selesa
Bila kaki sudah berkarat
Lalu mengubat kesan luka

Siapa, mahu berdiri ?
Siapa, mahu berdiri ?

Ada yang istimewa,
Ada yang menunggu masa,
Sedikit insan bersimpati
Tapi Ramai berdiam diri

Ada yang baru berdiri,
Ada yang memegang besi,
Tiada simpati keluarlah diri
Rasa bersalah sudah mati

Siapa, mahu berdiri ?
Siapa, mahu berdiri ?

Bila duduk dikerusi,
Lalu mata terlena,
Bermain dengan ilusi,
Hingga terus leka,

Bila ada yang berdiri,
Perlu terus berjaga,
Lalu mengenal sebuah realiti,
Kehidupan yang sengsara.

Siapa, mahu berdiri ?
Siapa, mahu berdiri ?

Mana hilang jatidiri ?
Mana hilang identiti ?

Siapa, mahu bersimpati ?
Siapa, mahu bersimpati ?

( 26/3/2009, 10.00 am, Universiti Malaya)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.