NC Penggerak Deklamasi Puisi Universiti

NC Penggerak Deklamasi Puisi Universiti

Bagi saya, inilah pertama kali menyaksikan seorang Naib Canselor menggerakkan Pengurusan Tertinggi universiti dalam acara khas deklamasi puisi-puisi patriotik sempena menyambut Kemerdekaan Negara. Mengikut VC Universiti Malaysia Perlis, beliau berpendapat puisi dan sastera adalah wahana terbaik untuk mengetengahkan suara warga UniMap melalui pembacaan puisi mengenai erti kemerdekaan. Ini juga dapat menyemarakkan semangat cintakan negara dan membentuk peribadi yang murni. Sebagai Sasterawan Negara di UniMap saya merasa bangga dengan semangat ini walaupun hanya dapat menyumbangkan persembahan secara maya. Selain pegawai-pegawai tinggi yang tertera gambar di sini terdapat juga bacaan secara maya dari Prof TS Rizal TNC Akademik dan Antarabangsa dan Prof Anuar Mat Safar CDO UniMap..

#UniMAPMantap
#sasterawannegara
#unimapmerdeka63

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.