Norma Baharu Media Baharu

NORMA BAHARU DAN MEDIA BAHARU
Bagai Isi dengan kuku.
Kini kita menjalani kehidupan dalam norma baharu. Mujur juga ada media baharu untuk membantu . Kadang-kadang terlintas di fikiran yang nakal, pandai pula si covid ini datang setelah kita ada media baharu. Jika tidak bagaimana kita akan membeli barang keperluan secara dalam talian, dan memesan grab food. Bagaimana sekolah dan university membuat kuliah secara google meet. Norma baharu dan media baharu nampaknya saling membantu, berpakat macam isi dengan kuku.
PKP tidak menamatkan aktiviti sastera bahkan kegiatan jadi lebih rancak dan meriah. Pelbagai pihak menganjurkan Sayembara, Diskusi dan acara Baca Puisi yang terlalu banyak untuk disebut semuanya di sini.
Sekadar contoh ialah Cabaran Deklamasi oleh Perpustakaan Negara dan Pertandingan Pantun oleh MBSA. Universiti Malaysia Perlis menganjurkan deklamasi sempena sambutan kemerdekaan dan saya menjadi juri tanpa perlu ke sana.
DBP dan ITBM juga aktif. Program Canai Bahasa dengan diskusi menarik boleh diikuti tanpa perlu bersusah payah hadir ke DBP.
Sering juga diadakan acara baca sajak, pantun dan syair yang melibatkan peserta seluruh Nusantara malah seluruh dunia. Barangkali jika tiada kejadian pendemik ini tidak terfikir kita untuk mengadakan peluang sedemikian.
Saya juga diminta memberi kuliah tentang Bahasa Puisi oleh Persatuan Penyair. Rasa lebih berbaloi kerana pendengarnya tidak terhad, malah ianya abadi dalam you tube.
Dari segi berkarya, ramai penulis yang mengambil peluang dari perintah duduk di rumah dan jadi lebih produktif.. Duduk di rumah bukanlah masalah bagi penulis kerana menulis itu sendiri perlukan pengasingan diri daripada orang ramai.
Ada lagi??
#kitajagakita
#zurinahhassan
#sasterawannegara