Kisah Baju Melayu Johor Usman Awang

Kisah Baju Melayu Johor Usman Awang

Kisah ENGGANG dan PIPIT dalam pemakaian baju Melayu di Johor sudah lama berlaku. Misalnya cara pemakaian kain samping seperti diceritakan oleh SN Allahyarham Usman Awang. Kisah yang sangat menggores hati beliau telah saya rakam di dalam buku saya.

“Ayahnya dimarahi dan dihina orang ketika membawanya makan ke satu jamuan hari jadi Sultan Johor. Untuk ke sana, ayahnya memakai kain sampingnya di luar baju, padahal di Johor pada masa itu orang kebanyakan tidak dibenarkan memakai kain samping di luar baju kerana cara ini adalah untuk orang-orang bangsawan sahaja.

Menurut Usman, ayahnya terpaksa berbuat demikian untuk melindungi bajunya yang koyak rabak. Kata Usman, “Mereka mengatakan ayah saya tidak kenal adat.

Saya masih ingat pandangan ayah ketika bertentangan mata dengan saya dan sejak itulah saya membenci golongan feudal meskipun saya belum mengerti apa yang dikatakan kelas dan kasta” (Zurinah Hassan, DBP 2006: 10-11)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.