Untuk Djazlam Zainal saya sertakan sajak yang ditulis ketika bermalam di Kampung Karyawan Malim Ghozali Pk. Pada waktu itu ia masih belum dibangunkan sepenuhnya.
DI KAKI GUNUNG TEMPURUNG
Di kaki gunung
Di Kampung Malim
Malam itu aku berbaring
Di dalam buaian angin
Alur air berbisik
Aku terlena diulit cengkerik
Nyenyak berselimut kelam
Berbantalkan masa silam.
Nyaman di dalam buaian angin
Sehingga fajar menyinsing
Langit merenjis serbuk jingga
Murai membuka jendela
Terdengar syair segala burung
Yang turun dari Gunung Tempurung
Aku pun bangun bersiram
Direnjis haruman alam
Dengan bau bauan rimba
Lalu berjalan di taman
Memetik bunga-bunga
Menggubah sejambak sajak
Dari rumpun rumpun rimbun
Yang kutanam sejak muda.
UUM ONLINE: Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Zurinah Hassan berkongsi pengalaman dan perjuangannya dalam dunia penulisan sastera sekali gus menyemarakkan nilai kesusasteraan di kalangan warga universiti. Dato’ Dr. Zurinah membincangkan ‘Citra Wanita Dalam Puisi Melayu Tradisional’ sempena Program Syarahan Sasterawan Di Universiti anjuran Unit Bahasa Sastera dan Budaya Melayu, Pusat Pengajian…
MEMBACA PENYAIR HAN tulisan Djazlam Zainal November 15, 2013 at 7:25pm Hanna Fransisca nama aslinya Zhu Yong Xia. Apabila beliau menyisipkan penyair Han, saya menebak Han itu adalah dirinya, Hanna. Membaca Penyair Han adalah membaca kepenyairan Hanna. Dalam Konde Penyair Han ( Penerbit Kata Kita, 2010 ) terdapat 67 buah puisi yang…
Terlintas pula keinginan untuk membicarakan sedikit sebanyak tentang puisi sendiri.Saya harap saya dapat melakukannya lebih kerap supaya boleh dimanfaatkan oleh pengkaji dn pelajar. Hari ini saya kemukakan dua buah sajak.• SEORANG PENYAIR SELEPAS 39 TAHUN MERDEKA (Salasilah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005:145). Dalam point form saja ya.• PESANAN PUTERI GUNUNG…