Aaaaaahh
Bukannya susah,
asyiknya dengan alasan,
katanya urusan nikah,
tapi selalunya melayan kemalasan,
orang lain sudah tinggi,
orang lain sudah terbang,
orang lain sudah terkenal,
masih bisa aku bermain ,
kerana biar ada kamera,
bukannya mahu ditontoni,
kerana mahunya aku,
terkejar kejar,
semua benda ilusi,
sehingga aku terlupa kuasa,
yang lebih hebat,
dari realiti.
sebelum senja datang,
biarlah aku dengan caraku,
kalau tak sempat,
biarpun hanya ke petang,
aku kena berusaha,
aku kena berusaha,
biarlah mereka terbang tinggi,
janganlah aku bermain mimpi,
biarlah semuanya terjadi,
aku hanya sekadar memerhati.