SELOKA HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. PADA HARI MULIA INI HAMBA NAK TULIS SATU SELOKA. DENGAR YA……..

Dengarlah tuan satu seloka seloka dikarang di musim raya hari raya hari yang mulia orang kita suka bergaya
Yang beraya tentulah suka beraya di kampung bertemu keluarga saudara mara tandang bertandang yang tak beraya pun tak lepas peluang travel juga ambil kesempatan cuti panjang lebuh raya sesak memanjang. Oh Malaysia negara perpaduan banyaklah sungguh perayaan Tahun Baru China, Aidilfitri tambah pula Deepavali Hamba ini nak berimaginasi katakanlah ada kuasa yang menetapkan salah satu raya disambut sekali sebulan agak tuan-tuan manakah yang jadi pilihan? Bagi hamba tak was-was lagi yang dipilih tentulah Aidilfitri sebabnya ? biar hamba ceritakan Kalau dipilih tahun baru cina semua orang kesusahan takut-takut kebuluran di pasar tak ada ikan tak ada barang di kedai
orang tak boleh menjual kerana tak ada pembekal Kalau setiap bulan deepavali orang tak berapa gemar pun akan sukar payahlah nak baca buku dan akhbar kerana tak cukup pengedar Tapi kalau Hari Raya Aidilfitri sebulan sekali semua orang suka hati penuh sesak pasaraya orang Melayu suka membeli orang Melayu suka bergaya bangsa lain bertambah kayabengkel kereta ramai pelanggan
kerana banyak kemalangan di jalan
tak payah sebut tentang yang terkorban
hospital swasta kaut untung
orang sakit berduyun-duyun
darah tinggi naik melambung
makan lemang dan daging bersambung-sambung
putus tangan main mercun
apakah sudah jadi tradisi
bangsaku suka menghancurkan diri sendiri

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.